Selamat Sejahtera ke Atas Kamu

Photobucket

Monday, November 16, 2009

Korban Cinta- Satu Realiti Masyarakat


Bismillahirrahmanirrahim.

Setiap hari ahad,kebanyakan stesen radio akan menyiarkan carta lagu yang paling diminati oleh pendengar. Saya juga secara jujurnya merupakan pendengar setia radio-radio arus perdana yang kebanyakannya memperdengarkan muzik-muzik urban dan rancak. Teman sebilik saya pun hairan dengan hobi saya yang satu ini memandangkan status saya selaku exco tarbiyyah.

Saya bukannya cuba menongkah arus ataupun berfikiran liberal. Bagi saya, melalui saluran-saluran inilah kita dapat mengenal siapa mad'u kita. Kita dan mereka adalah manusia biasa. Masing-masing mahu mencari kebahagiaan. Cumanya cara pendekatan yang diambil berbeza.

Saya amat tertarik dengan lirik lagu The Fabulous Cat yang terbaru- Lari. Jalan cerita lagu tersebut sebenarnya menceritan satu realiti rakyat Malaysia yang suka menghukum kesilapan orang lain tanpa pertimbangan yang sewajarnya.

Kira-kira dua tahun yang lepas. Saya telah berkesempatan bertemu dengan seorang gadis yang mengandung luar nikah. Orangnya baik,lembut dan sebaya dengan saya. Cuma kesilapannya satu,terlalu percaya pada cinta. Menyerahkan mahkota diri pada bukan waktunya sememangnya mengundang padah. Allah sedang menguji dia. Ketika itu,jelas pada raut wajahnya rasa penyesalan dan kerisauan terhadap masa depan anaknya nanti. Kesilapan yang lalu adalah masa lampau,masih belum terlambat untuk kita melakukan perubahan. Cacian dan umpatan tidak berguna. Kita sebagai masyarakat yang prihatin,seharusnya memberikan galakan,bantuan dan sokongan kepada insan-insan seperti ini.
####################

Lirik Fabulous Cat feat Kombat - Lari

Chorus
*Koleksi Lirik Lagu-Lagu Melayu Di http://iliriklagu.blogspot.com
Lari lari lari aku lari
Lari lari lari dari mimpi
Lari lari aku lari dari sepi
Biar ku sendiri
Biar ku sendiri
Menganggung sepi menghilangkan diri
Menenangkan hati meneruskan mimipi
Menebus kembali
Maruah diri

Rap 1

Dia buluh yang tak dilentur
Penagih kasih sayang harapan sipenghuur
Didikan tiada dari orang tua nya
Rangkaian kaca jahudi menemani jalan hidup
Dia dah kenal cinta
Dia mula dah suka
Sudah berteman teman
Sudah berpegangan tangan
Cuba ringan ringan dah sampai nak ke lengan
Suka sama suka hina dosalah santapan
Dinoda goda tiba tiba duka dah diduga dah berbadan dua
Mana angkara hilang tah kemana terpinga pinga bencana menimpa
Tersorong sorang orang tua meradang tangan melayang menayang tak henti memanjang
Tiada memandang tiada dahu disandang
Terkapai duyong meraba capai baying dayung

Verse

Salah siapa salahkah kita
Salahkah aku atau kamu
Siapa ditanggung
Siapa mengendung
Siapa menanggung yang dikendung

No comments:

Silk Road