Selamat Sejahtera ke Atas Kamu

Photobucket

Saturday, December 27, 2008

From Nilai with L.O.V.E

PUSAT ASASI UIA NILAI SESI 07/08


IFTAR PKPIM UIA NILAI SEM 1 O8/09



MUQAYYAM SYABAB MUSLIMIN a.k.a TAMRIN JUNDI PKPIM PAUIAM
terima kasih kepada sahabat2 HEWI drpd UIA PJ kerana sudi meluangkan masa bersama:-)

Alhamdulillah...penat lelah selama setahun setengah di pusat asasi akhirnya membuahkan hasil... perasaan begitu bercampur baur saat pertama kali menjejakkan kaki di kampus ini..

hmmm...empat tahun yang bakal memberikan seribu cabaran.

Buat adik-adik usrah akak dan sahabat-sahabat seperjuangan sekalian...
teruskan usaha kalian untuk mengejar ilmu..

Ingat..berakhirnya kita di pusat asasi..bukan bermakna perjuangan kita sudah berakhir..

tetapi tanggungjawab kita semakin besar...

semoga sukses di dunia dan akhirat.
HIDUP BIAR BERJASA!
wassalam

Friday, December 5, 2008

PKPIM lancar kempen Selamatkan Bahasa Melayu, tubuhkan Gerakan Anti PPSMI



Written by spp
Friday, 21 November 2008 12:49



Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah melancarkan Kempen Selamatkan Bahasa Melayu dan menubuhkan Gerakan Anti PPSMI pada 20 November 2008 bertempat di Sekretariat PKPIM Pusat, Kuala Lumpur. Pelancaran tersebut dilaksanakan oleh Mohd. Hilmi Ramli, Presiden PKPIM disaksikan oleh pimpinan PKPIM dan pemimpin mahasiswa yang mewakili organisasi masing-masing daripada pelbagai institusi pengajian. Serentak dengan pelancaran tersebut, PKPIM turut melancarkan Laman Sawang yang khas bertujuan untuk meratakan kefahaman rakyat akan peri penting Bahasa Melayu. Laman tersebut boleh dicapai melalui Ruangan Gerakan Anti PPSMI di laman sawang PKPIM.

Diharap dengan pelancaran laman sawang tersebut dapat membantu rakyat untuk menghayati dan menghargai Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang dijamin keutamaannya di dalam Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan. PKPIM menyeru rakyat keseluruhannya untuk bersama-sama di dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu di Malaysia. PPSMI harus dihentikan dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara di dalam proses pembelajaran dan pengajaran subjek Sains dan Matematik. PKPIM mengambil berat kebajikan dan masa depan para pelajar secara keseluruhan dengan tidak mengenepikan para pelajar di luar bandar. PKPIM percaya bahawa sistem pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia perlu memanfaatkan keseluruhan pelajar tidak kira yang berada di bandar mahupun luar bandar.



PKPIM dengan pelancaran kempen dan penubuhan gerakan ini, dapat memberi mesej yang jelas kepada pemimpin-pemimpin negara dan pelaksana-pelaksana dasar bahawa PPSMI harus dihentikan demi menjamin kebajikan dan masa depan para pelajar secara keseluruhan yang merupakan pewaris negara di masa mendatang.



KHAIRUL ANWAR BIN SHAZALI

Setiausaha Agung,

Sunday, November 2, 2008

Reading time!

Setelah sekian lama sibuk dengan urusan jemaah..saya kembali menelaah buku-buku fiksyen dan haraki yang dah lama tersimpan kat dalam kotak..
Sebenarnya semua tu alasan semata-mata..
takhlifan tak patut dipersalahkan…
kesalahan diri sendiri yang tidak tahu mengurus masa yang sepatutnya dipersoalkan..

Sekarang dalam usaha menghabiskan buku karangan Prof Wan Mohd Nor Wan Daud, Penjelasan Budaya Ilmu..harap dapat dihabiskan setelah pembacaannya tertangguh berbulan-bulan..
Pengisiannya sangat interesting..padat dengan sejarah keilmuan..
Tak sangka kita ada institusi sehebat ISTAC..
Tapi sayangnya kita sendiri tak tau menggunakannya.
Syabas Prof!!!

Notes: Next book…Good To Great..J.Collins..harap-harapla ada jual kat Kinokuninya..:-P

Wake up!!!

Alhamdulillah…setelah sekian lama saya mencari diri dan halatuju saya yang sebenarnya..

finally,I know what I want.!!

Hidup dan membesar di Kuala Lumpur memberikan saya pelbagai pengalaman.

Subhanallah..Allah Maha Bijaksana,sebaik-baik perancang adalah DIA!

Let me share with you………

My Past
Fasa pertama-di sekolah menengah-

Saya mula belajar apa itu trend, fesyen, urban style, love, dan bagaimana caranya untuk bersosial.
Seorang yang sangat rajin,(hahaha)
Always aim for a good score in exam and being a top student for every year.
In short,being a smart and trendy person.
For me we need to study…get the best result, continue my studies at overseas, and being respected by others.
Kawan memang ramai…hang out..shopping..gossiping..hm..
Seronok memang seronok..

Tapi jiwa ni rasa kosong..

Akhirnya..saya sedar..


Sebab saya tertinggal sesuatu.. .

Tapi saya takut nak akui semua ni..

Sebab takut rasa kehilangan..

Jadi saya lupakan jer hasrat tu..





Fasa kedua-universiti

Mulanya..
Masih dengan matlamat yang sama..
being a smart and trendy person.
Honestly…masuk ke universiti..rasa macam culture shock!
Ingat lagi..waktu tu ada taaruf week…committee suruh buka al mathurat..
Setengah tu baca lancar sangat..yang dah hafal pun ada..
Tapi saya..tu la first time saya dengar nama tu..

Selama ni saya fikir saya dah cukup smart..
Kononnya wakil kuiz agama sampai peringkat negeri..
Berlagak macam diri dah cukup pandai..
Tapi mathurat pun tak kenal..
Rasa diri ni kerdil sangat..
Balik bilik..saya terus nangis sampai maghrib..
Waktu solat maghrib tu..kena solat berjemaah..semua orang solat dan berzikir sama-sama..
Tak sedar pun air mata dah meleleh kat pipi…

Saya masih ingat, ada seorang brothers ni, dia nak sampaikan sesuatu kepada saya, waktu tu ada seorang sahabat temankan dia. saya pandang dia, tapi dia pandang dinding, saya rasa hairan.. Balik je bilik, baru saya sedar apa yang saya buat tadi salah.. Saya perlu merendahkan pandangan saya...

Teringat waktu sekolah rendah dulu..
Ustaz dan ustazah suruh hafal bayak surah…
Mana pergi ayat-ayat tu sekarang??

“Ustazah..embah lanang(atuk)…kina minta maaf…
Kina laghaw..
Kina lupa..


Teringat tulisan Tok Guru Nik Aziz dalam artikelnya….
“kepada siapa Allah kurniakan hidayah-Nya..kita tidak tahu..tapi kita mesti berusaha untuk dapatkan hidayah itu…..”

Sedangkan..seganas-ganas Umar al-Khatab pun boleh berubah menjadi seorang manusia yang mulia di sisi Allah..
Jadi kita?
Saya mesti berusaha memperbaiki diri sendiri..

Sebelum ni..bila mak ajak ke ceramah agama..saya selalu nak elak..

Tapi saya kuatkan hati jugak..

Saya mula dekatkan diri dengan usrah…

Ingat lagi..waktu tu naqibah bercerita pasal surah Al-Ikhlas..
Waktu tu baru berlajar arab..so dapat la teka sikit maknanya..

Katakanlah Allah itu satu…
Menjadi pergantungan semua makhluk..
Tidak beranak dan tidak pula diberanakkan..
Dan tiada sesuatu pun yang setara denganNya.


Ya Allah..Allahu akbar!!!
Dah lama sangat tak rasa macam ni..
Rasa macam ada satu roh masuk ke dalam badan..
Suatu perasaan yang tak dapat diertikan dengan kata-kata…
Alhamdulillah…

Sebagai permulaan..saya pilih untuk menyertai usrah KPIJ dan join PKPIM @ ABIM sebagai wadah saya untuk mendekatkan diri dengan tarbiyyah. Walaupun saya ni jenis yang banyak main..tapi bila bercerita tentang isu semasa dan politik..saya rasa macam bersemangat sangat!

Sebab tu lah saya pilih untuk berada di jemaah ini. Saya mencari satu wadah yang seimbang…

Ada teori dan praktikalnya..harapnya begitu..

InsyaAllah..saya akan cuba sedaya upaya..

Senior saya ada pesan,,dia cakap:

“Kita jangan bertanya apa yang jemaah ini mampu berikan kepada kita, tapi…apa yang kita mampu berikan untuk jemaah..’’



La yukallifullahunafsan illa wus’aha.

So..my conclusion is..

Tak salah kalau kita bercita-cita tinggi untuk berjaya dalam hidup..tapi agama jangan sekali-sekali diketepikan. Seperti teori J.Collins…Tips orang berjaya tu asasnya ada 2.. kerendahan hati dan kemahuan untuk mengejar professionalisme…
Rasulullah dah ajar kita benda ni dari dulu lagi… Itu kan ajaran Islam..
Tak hairanlah umat Islam mampu menakhluk sepertiga dunia dulu.
Sebab asas mereka kuat.
Nothing is impossible..
History has proved it!

Tuesday, August 26, 2008

Islam atau Jemaah???

Assalamualaikum...
Ana cume ingin bekongsi sedikit luahan rasa. Sebagai tunjang sebuah jemaah,kesibukan menguruskan jemaah yang amat ana sayangi ini sering menjadi persoalan kepada diri ana sendiri....ana kadang-kadang tidak terlepas daripada mengeluh...

Adakalanya ana akan berasa penat..sampai ke satu tahap ana berfikir. Ana merasakan jiwa ana kosong. Adakah ana akan terus istiqomah dalam jalan dakwah ini?


Baru-baru ini ana baru sahaja menghadiri Konvensyen Kolej Islam Se-Malaysia, salah seorang ahli panel ada menyentuh mengenai isu ini. Sebagai pemimpin, kita semestinya tahu apa yang kita perjuangkan. Islam atau jemaah. Akhirnya pertanyaan ana terjawab. Kita perjuangkan Islam kerana Allah,dan Jemaah adalah wadah..seorang muslim tanpa jemaah umpama secawan kopi yang penuh,tetapi sayangnya tidak bergula.


Melalui Jemaah, cara hidup Islam itu lebih dihayati.

Jawapannya mudah...iaitu pmemantapkan tarbiyyah. Jika suatu ketika dulu di zaman Rasullullah qiamullail diwajibkan sebagai senjata para mujahid untuk berjuang, tarbiyyah dan tazkiyyatun nafs adalah sumber kekuatan kita sebagai seorang daie. bak bait2 lagu yang pernah dinyanyikan oleh mantan pimpinan ana,

Umat Islam harus cemerlang,
Hari ini pasti lebih baik dari semalam,
Janganlah buang masa,
Kita punya Allah Maha Kuasa,
Kita punya kuasa tenaga,
DOA sebagai senjata,
Umat islam sentiasa boleh,


Umat Islam sentiasa boleh...

Doakan kejayaan ana..dan jangan lupakan saudara-saudara kita di luar sana yang amat memerlukan kita.. HIDUP BIAR BARJASA! wallahualam...

Monday, July 21, 2008

Perjuanganku sudah bermula...

assalamualaikun..

rasanya sudah lame benar ana ridak menulis di blog ni...mungkin kerana sibuk dengan pelajaran dan menggerakkan jemaah yang baru mula bernafas. Bila ana fikirkan balik perjalanan hidup ana...ya Allah...besyukur sangat..

waktu di zaman sekolah dulu,ana tak pernah terfikir yang ana akan terlibat dengan kerja-kerja dakwah..tapi bila ana mula jatuh cinta dengan usrah, halaqoh,liqa' dan sebagainya..ana rasa ana mendapat roh yang sangat berharga, iaitu hidayah Allah.
Mulanya ana rasa takut sangt apaabila diamanahkan untuk menjadi tunjang madrasah tarbiyyah..tapi apabila ana fikirkan balik, kalau inilah cara yang terbaik untuk ana ditarbiyyah dan mentarbiyyah untuk terus berjuang di jalan Allah..ana sanggup. Hati ini amat rindukanMu ya Allah!! Walaupun seluruh masa dan tenaga ini dicurahkan ke jalan agamaMu..taetap tak dapat membalas nikmat Hidayah Mu ini..

Terima kasih Ya Allah! Alhamdulilah.

Tuesday, April 8, 2008

SAYA ADA JANJI DENGAN RASULULLAH!!

Saya ada janji dengan Rasulullah s.a.w.


Selain berniat menunaikan haji dan umrah, berniatlah juga untuk menziarahi Rasulullah s.a.w.
Sabda Rasul s.a.w. yang bermaksud, “Barangsiapa yang menziarahiku di mana tidak penting baginya selain ziarah untukku, maka Allah pasti menjadikanku sebagai pemberi syafaat baginya di hari kiamat.” (HR At Thabarani dalam Al Mu’jam Al Kabir dan Al Haitsami dalam Majma’ Az Zawa’id)

Esok saya temui para kekasih... Muhammad s.a.w. dan para Sahabat! (pg115)
Tidakkah anda merindukan Nabi? Saya tidak ingin mengusik suasana indah kerinduan anda, namun saya akan beralih ke rasa rindu para Sahabat terhadap Rasulullah s.a.w. agar perasaan anda semakin bertambah mendalam.

Lihatlah Bilal bin Rabah r.a. ketika beliau berada di ambang kematian. Isteri beliau menangis, dan mengatakan, “Sungguh ini sebuah bencana!” Bilal r.a. segera mengatakan, “Janganlah katakan ini adalah musibah... tetapi katakan , ‘Alangkah bahagianya kami...! Sebab esok saya akan bertemu dengan para kekasih’!”

Tidakkah ketika di dalam kapal terbang anda kemudian mengatakan, “Sebentar lagi, saya akan bertemu dengan para kekasih! Saya akan bertemu dengan Rasulullah s.a.w.!”

Semoga Allah membalasmu..

Salah seorang sahabat yang tinggal di Madinah, ibunya tinggal di sebuah suku di luar Madinah. Suatu hari, ibunya jatuh sakit. Sahabat ini ingin mengunjunginya. Ia pun keluar pagi – pagi dari rumahnya untuk berangkat, tetapi kemudian kembali lagi ke rumah. Isterinya pun menanyakan, “Apakah kamu telah mengunjungi ibu?” Ia menjawab, “Tidak, saya akan mengunjungi beliau esok.”

Hari kedua tejadi lagi hal yang sama. Ketika isterinya menanyakan mengapa, ia menjawab, “Aku takut jika saat meninggalkan Madinah, ruhku dicabut, dan aku pun meninggal jauh dari Rasulullah s.a.w.!”

Mampukah anda bayangkan, betapa besarnya rasa cinta yang dimiliki para sahabat terhadap Rasulullah s.a.w.?! Apa yang akan anda ketika anda berada di hadapan Rasulullah s.a.w.? Saya takut mengatakannya! Saya khuatir hati anda belum juga belajar bagaimana mencintai Rasulullah s.a.w. Tidakkah anda berkeinginan kuat untuk menunaikan umrah? Tidakkah anda berkeinginan kuat untuk menemui Rasulullah s.a.w.? Janganlah sampai anda termasuk dalam orang – orang yang lemah rasa cintanya kepada Rasulullah s.a.w.

Jangan sampai ketika berada ‘dihadapan’ baginda, perasaan dan kepekaan anda masih saja dingin.

Saya rasa anda cukup baik, kerana hati anda telah terpenuhi oleh keimanan, dan rasa cinta yang mendalam kepada Allah dan Rasul – Nya.

Anda sekarang berada di depan rumah Rasulullah s.a.w. Ambil jarak sekadarnya antara anda dengan Rasulullah s.a.w. dan rasakan “keberadaan” baginda. Baginda “mengucapkan salam” kepada anda. Berdirilah dengan penuh adab dan kerendahan hati. Tanyalah kepada diri anda, apakah Nabi s.a.w. senang dengan anda atau tidak?.... bertanyalah... Apakah anda betul – betul menjaga sunnah – sunnah beliau atau tidak....?
Apakah anda betul – betul mencintai beliau...? Saya khuatir jawapannya adalah....

Rindu Kami Padamu, Ya Rasul

Sekarang mari kita semak segala rasa yang tulus berikut, yang akan membakar hati dan menguasainya. Inilah kata – kata yang diucapkan oleh ahli ibadah yang bukan sahabat dan bukan juga tabiin. Tapi ini bukanlah sekadar kata – kata, melainkan perasaan tulus yang muncul dari hati yang tulus dalam bentuk kata – kata. Saya yakin insyaAllah, selepas menunaikan umrah, anda pun akan memiliki perasaan yang sama seperti mereka.

Sedia maklum, keadaan ketika ibadah haji amtlah sesak dan padat. Berjalan melewati rumah Rasulullah s.a.w. adalah hal yang amat sukar. Agar boleh ke sana, anda harus melalui laluan sempit dengan berjalan perlahan – lahan. Kebanyakan pintu masuknya ditutup, dan anda harus datang dari pintu yang jauh untuk sampai ke rumah Rasulullah s.a.w.

Suatu waktu saya pernah mengerjakan haji. Saat itu temptanya amat sesak dan padat. Dibelakang saya, ada seorang lelaki yang saya dengar berulang – ulang mengatakan,.... “Saya betul – betul merindukan anda, ya Rasulullah!” Dia terus mengulanginya tanpa rasa bosan.

Demi Allah, ini adalah kata – kata yang mampu menggoncangkan hati.

Maaf Rasul, saya tertidur...!

Masjid Nabawi ditutup pada jam sembilan malam, sementara ketibaan pesawat adalah pada waktu yang lebih lewat dari itu. Suatu ketika penerbangan dari Mesir tiba di Madinah jam sepuluh malam. Ada seorang lelaki yang turun dengan pakaian paling menawan serta wewangian yang paling bagus.

Kami bertanya kepadanya, “Apa yang akan anda lakukan?”. Dia menjawab, “Saya akan mengunjungi Rasulullah s.a.w.” kami katakan, “Pintu masjid sudah tutup sejak jam sembilan malam.” Dia bertanya kembali, “Jadi kenapa?” Kami katakan, “Tidur dan beristirehatlah sejenak, atau anda pergi ke pasar untuk membeli beberapa keperluan anda, dan besok InsyaAllah kita akan mengunjungi Rasulullah s.a.w.”

Dia membalas, “Tidak! Saya tidak boleh menemui seseorang atau melakukan apapun sebelum mengunjungi Rasulullah s.a.w.!” Kami kembali mengatakan, “Tidur dan istirehatlah dahulu sampai pagi...” Selanjutnya dia berkata, “Saya tak mahu! Saya akan terus membaca al – Quran sampai pintu masjid dibuka, dan saya akan memberi salam kepada Rasulullah s.a.w.”

Waktu itu, masjid dibuka pada pukul dua setengah pagi. Sangat menakjubkan. Lelaki itu ternyata tertidur, dan bangu pada jam empat pagi. Dia segera bangun dan menangis seraya berkata, “Apa yang harus saya katakan kepada Rasulullah s.a.w.? Ya Rasulullah, saya terlambat menemui anda dua jam, kerana saya tertidur!”

Bolehkah anda bayangkan betapa dalamnya keterikatan lelaki tersebut dan kerinduanya untuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w.?!



(dipetik daripada Ibadah Sepenuh Hati;Amru Khalid, dalam bab Haji)



- Di dalam buku Ibadah Sepenuh Hati tulisan Amru Khalid ini mengandungi bab – bab yang menyentuh berkaitan Solat, Haji, Doa, Zikir dan Al – Quran. Secara kasarnya, buku ini adalah himpunan syarahan Amru Khalid di Masjid Asy – Syaikh Mahmud Khalil Al – Khushari, Kairo. Setakat ini tiada lagi terjemahan di dalam bahasa Melayu, namun pembaca boleh mendapatkan buku versi Arabnya yang bertajuk ‘Ibadatul Mukmin dan juga dalam versi Bahasa Indonesia yang bertajuk Ibadah Sepenuh Hati.-nota admin

tips mudah kerjakan QIAMULAIL

Agar mudah mengerjakan solat malam
Written by Administrator
Tuesday, 11 March 2008
Pertama, jangan banyak makan dan minum

Salah seorang ahli ibadah mengatakan, “Wahai para hamba, janganlah kalian banyak makan, kerana kalian akan banyak minum, lalu kalian akan tidur, sehingga akan terhalang daripada mendapat banyak kebaikan, dan kalian pun akan mendapat kerugian yang besar. seterusnya, kalian akan banyak menyesal menjelang kematian!”

Inilah pesan yang begitu bernilai. Ya, jangan kita banyak makan agar tidak menghalang kita dari solat malam. Mari kita lakukan, dan tunjukkan tanggungjawab sepenuhnya. Jangan anda fikir ini urusan yang ringan!


Kedua, jangan terlalu memeras tenaga di waktu siang

Antara perkara yang akan membantu anda untuk mengerjakan solat malam adalah, janganlah berlebihan dalam menggunakan tenaga diwaktu siang semasa bekerja. anda mungkin akan mengatakan, “Ini adalah kata – kata yang sangat Ideal! Sebab pekerjaan ini bukanlah pilihan sendiri. pekerjaan di waktu siang itu merupakan pekerjaan yang berat. dengan nasihat ini, anda sedang meminta kami untuk melakukan sesuatu yang mustahil!”

Ya, anda boleh katakan begitu wahai saudaraku. namun, cubalah meluangkan sedikit masa untuk tidur sekejap di waktu siang serta jangan lupakan niat dan matlamat.

Saya gembira, anda telah menyambut hangat faktor – faktor penolong ini dan mulai berusaha merealisasikannya.



Ketiga, hindari maksiat

Ini merupakan faktor penolong yang paling penting. salah seorang Tani’in mengatakan, “Janganlah kalian berbuat maksiat kepada Allah di waktu pagi, nescaya kalian akan mampu mengerjakan solat malam.”

Sufyan Ats-Tsauri rahimahullah juga mengatakan, “Saya terhalang melakukan solat malam selama lima bulan akibat sebuah dosa yang saya lakukan.” Beliau pun ditanya, “Dosa apakah itu?”. Beliau menjawab, “Saya melihat seseorang sedang menangis, kemudian saya katakan, ‘Ini adalah orang yang riya’!’ ”

Sesungguhnya dosa umpama tali yang mengikat manusia. Marilah kita melepaskan tali ini dengan penyesalan, istigfar, dan taubat.



Keempat, lakukan dengan bertahap

Ini juga merupakan faktor yang tidak kurang pentingnya dengan yang sebelum ini. Janganlah anda kerap menghidupkan semangat yang sekejap dengan mengatakan, “Saya akan mengerjakan solat sepanjang malam setiap hari!”. Tetapi jadikanlah semangat dan motivasi anda ini sebagai semangat yang seimbang dan teratur. Berwaspadalah pada pintu penipuan syaitan. Semangat yang teratur merupakan gerbang menuju perlaksanaan ibadah ini dengan jayanya. mulailah dengan dua rakaat ringan sebelum tidur dan terus tekunlah mengerjakannya selama sebulan. Sehingga tidak ada hari yang dilalui tanpa mengerjakannya. Lalu tambahlah sedikit, dan seterusnya tambahlah setahap, demi setahap lagi.

Hayatilah, saudaraku “Agama itu mudah. Selamilah ia dengan lembut.” (HR. Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra)

(dipetik daripada Ibadah Sepenuh Hati;Amru Khalid, dalam bab Solat)

Wednesday, February 27, 2008

PROPAGANDA YAHUDI !!!

Seminit untuk kita beringat... DIINGATKAN SEMULA supaya tak lupa... Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....

1.. Song.... Lagu-lagu yang menghiburkan.. jika ada anak-anak yang tak tau mengucap.. tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah.... tapi boleh mengingati lagu Siti Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa..... berjaya sudah Yahudi.... Hingga kita terfikir..... bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ...Sex..... Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana.. di kaca tv, dalam filem, dalam iklan... babak sex amat lumrah.. kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex... filem 18SX amat laris berbanding filem U... VCD lucah mudah didapati... dan harganya amat murah... Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah......

3. ...Smoke.... Rokok.. menjadi kegilaan para remaja... sehingga dikatakan tidak moden jika tidak merokok... malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau digelar "up to date".. Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja.... ataupun penari kabaret.... (aku tengok dari filem P Ramlee).... Syabas yahudi... berjaya lagi kamu....

4. .....Sport... Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan... hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss... bukan yang bermain sahaja tak sembahyang... yang menonton pun tak sembahyang juga... Kalau menonton di rumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL.... Yahudi gol lagi.... sampai ada ulamak kata... kerana sukan.. sembahyang boleh tangguh... Masya-Allah,..

5. .. Fun.. Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.... Kalau kita lihat dalam 100 majalah.. mungkin 99 adalah majalah hiburan.. termasuklah majalah mangga... yang menayangkan buah mangga artis perempuan.... Kalau ada konsert.... sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert.... pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....


6.... Female... Perempuan...tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan..terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta.... di hadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi... apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?... kalau iklan Modess... perempuan ada patutlah... Yahudi bersorak lagi.....

7...Fashion.... Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam.. sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah... Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.... Bila warnakan rambut.. mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung.. bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut diwarnakan... sembahyang pun tak sah... malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi... Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam Yahudi....

8. .. Food..Makanan.. Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah McD, Kentucky , Pizza hut... dan seribu satu macam lagi... Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah dipandang hina.... masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan... tapi makanan Barat menjadi kebanggaan... Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contohnya Kentucky .. rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak pergi check... halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi... Nauzubillah.....Yahudi makan Islam lagi...
Itu baru protokol yang ke 10......yang lain-lain entah macam-macam lagi.... aku cinta Malaysia ...... tapi lebih cintakan ALLAH..... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah......


DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH.... Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :
*elak suami/isteri dan anak2 bergaduh : Surah Al Baqarah - Ayat 102
# ANAK belajar : Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79 Anak2 lembut hati/ elak panas baran : Surah Al Anbiyaa - Ayat 69 dan Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

ANAKmalas sekolah : Surah Toha ayat 1-5 Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah Bg anak2 yg suka keluar malam : Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x Untuk jadi pendinding rumah : Surah Al Baqarah dibaca & tiup pada air dan spray keliling rumah 1 minit untuk mengingat Allah


Langkah 1:·
SEBUTLAH hati dan lidah yang fasih:·
SUBHANA'LLAH· ALHAMDULI'LLAH· LAA I LAAHA ILLA'LLAH· ALLAHU AKBAR· ASTAGHFIRU'LLAH· LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH· ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI· WA SAHBIHI AJMA'EEN

Langkah 2:· Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan Langkah 3: · Forward ARTIKEL ini kepada rakan2 yang anda kasihi..

Friday, February 8, 2008

Solat Istikharah

Istikharah adalah merupakan suatu doa, ia boleh dibuat dengan berdoa sahaja atau solat sunat dan diikuti oleh doa.

Imam As-syawkani mengatakan ianya disyariatkan di dalam Islam dan tidak diketahui terdapat khilaf padanya (Naylul Awtar, 3/71). Kedua-dua amalan ini mempunyai asas dan amat digalakkan di dalam Islam.

Asasnya termaktub di dalam hadith shohih riwayat al-Bukhari (Al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, no 6382; Sohih menurut Al-Bukhari, At-Tirmidzi & Abi Hatim tetapi dhoif menurut Imam Ahmad Hanbal; Shohih dengan shawahid menurut Syeikh Syuaib Arnout),

Dari Jabir r.a bahawa Nabi bersabda : “Apa seseorang kamu inginkan sesuatu maka hendaklah ia rukuk ( solat ) dua rak’at yang bukan solat fardhu (yakni solat sunat) kemudian berdoa :

“ Allahumma inni astakhiruka bi`ilmika, wa astaqdiruka bi-qudratika, wa as'aluka min fadlika al-azim, fa'innaka taqdiru wala aqdiru, wa ta`lamu wa la a`lamu, wa anta `allamu-l-ghuyub.Allahumma, in kunta ta`lamu anna hadhal-amra [here mention your case] khairun li fi dini wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or 'ajili amri wa`ajilihi) faqdurhu li wa yas-sirhu li thumma barik li fihi.Wa in ta`lamu anna hadhal-amra sharrun li fi deeni wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or `ajili amri wa ajilihi) fasrifhu `anni was-rifni `anhu, waqdur liya al-khaira haithu kana thumma 'ardini bihi.”

Dari Adam Untuk Hawa

Wahai kaum Hawa...

Kami sulit menahan pandangan mata kamiketika melihat kalian,apalagi jika kalian diamanahkan ALLAHkecantikan dan postur yang ideal,kami semakin susah untuk menolak agartidak melihat kalian,kerana itu lebarkanlah pakaian kalian,dan tutupilah rambut hingga ke dadakalian dengan kerudung yang membentang.

Kami juga sulit menahan pendengarankami ketika berbicara dengan kalian,apalagi jika kalian diamanahkanoleh ALLAH suara yang merdu denganiramayang mendayu,kerana itu tegaskanlahsuara kalian,dan berbicaralah seperlunya.

Kami juga sulit menahanbayangan-bayangan hati kalian,ketika kalian dapat menjaditempat mencurahkan isi hati kami,waktu luang kami akan sering terisiolehbayangan-bayangan kalian,kerana itu janganlah kalian membiarkankami menjadi curahan hati bagi kalian.Kami tahu kami paling lemah bila harusberhadapan dengan kalian,Kekerasan hati kami dengan mudah bisaluluh hanya dengan senyum kalian,Hati kami akan bergetar ketikamendengar kalian menangis,Sungguh ALLAH telah memberikan amanahterindah kepada kalian,maka jagalah jangan sampai ALLAH murkadan memberikan keputusan.

Maha Besar ALLAH yang tahu akankelemahan hati kami,hanya dengan ikatan yang suci dan yangdiredhoi-Nya kalian akan halal bagikami."Lalu apa yang telah aku lakukan selamaini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuksetiap pandangan yang tak terjaga,lisan yang merayu dan hati yang takterhijab...Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiapdetik,kerana kasih sayangMu kepada kamiengkau perintahkan malaikat silihberganti menemani kami siang danmalam..."

Tolong forwardkn kepada teman2 anda,ingat anda membawa amanah yangnantinya akan dimintapertanggungjawabannya ...

JANGAN CEPAT MARAH YER...

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.Wallahualam.. :)

TIPS MASUK SYURGA..AMALAKAN YER SAHABATKU..

Suatu hari, Rasulullah sedang duduk di masjid dikelilingi para sahabat. Beliau tengah mengajarkan ayat-ayat Qur'an.Tiba-tiba Rasulullah berhenti sejenak dan berkata,..............."Akan hadir diantara kalian seorang calon penghunisurga"......................

Para sahabat pun bertanya-tanya dalam hati, siapakah orang istimewa yang dimaksud Rasulullah ini.....?Dengan antusias mereka menunggu kedatangan orang tersebut. Semua mata memandang ke arah pintu.....!!!Tak berapa lama kemudian, seorang laki-laki melenggang masuk masjid. Para sahabat heran, inikah orang yang dimaksud Rasulullah?Dia tak lebih dari seorang laki-laki dari kaum kebanyakan.Dia tidak termasuk di antara sahabat utama. Dia juga bukan dari golongan tokoh Quraisy. Bahkan, tak banyak yangmengenalnya. Pun, sejauh ini tak terdengar keistimewaan dia.

Ternyata, kejadian ini berulang sampai tiga kali pada hari-hari selanjutnya. Tiap kali Rasulullah berkata akan hadir di antara kalian seorang calon penghuni surga, laki-laki tersebutlah yang kemudian muncul.Maka para sahabat pun menjadi yakin, bahwa memang laki itulah yang dimaksud Rasulullah. Mereka juga menjadi semakinpenasaran, amalan istimewa apakah yang dimiliki laki-laki ini hingga Rasulullah menjulukinya sebagai calon penghunisurga?Akhirnya, para sahabat pun sepakat mengutus salah seorang di antara mereka untuk mengamati keseharian laki-laki ini.

Maka pada suatu hari, sahabat yang diutus ini menyatakan keinginannya untuk bermalam di rumah laki-laki tersebut. Si laki-laki calon penghuni surga mempersilakannya.Selama tinggal di rumah laki-laki tersebut, si sahabat terus-menerus mengikuti kegiatan si laki-laki calon penghuni surga. Saat si laki-laki makan, si sahabat ikut makan. Saat si laki-laki mengerjakan pekerjaan rumah, si sahabatmenunggui.Tapi ternyata seluruh kegiatannya biasa saja. "Oh, mungkin ibadah malam harinya sangat bagus," pikirnya.

Tapiketika malam tiba, si laki-laki pun bersikap biasa saja. Dia mengerjakan ibadah wajib sebagaimana biasa. Dia membaca Qur'an dan mengerjakan ibadah sunnah, namun tak banyak. Ketika tiba waktunya tidur, dia pun tidur dan baru bangun ketika azan subuh berkumandang.Sungguh, si sahabat heran, karena ia tak jua menemukan sesuatu yang istimewa dari laki-laki ini. Tiga malam sang sahabatbersama sang calon penghuni surga, tetapi semua tetap berlangsung biasa. Apa adanya.Akhirnya, sahabat itu pun pun berterus terang akan maksudnya bermalam.

Dia bercerita tentang pernyataan Rasulullah.Kemudian dia bertanya, "Wahai kawan, sesungguhnya amalan istimewa apakah yang kau lakukan sehingga kau disebut salah satu calon penghuni surga oleh Rasulullah? Tolong beritahu aku agar aku dapat mencontohmu" .Si laki-laki menjawab, "Wahai sahabat, seperti yang kau lihat dalam kehidupan sehari-hariku. Aku adalah seorang muslimbiasa dengan amalan biasa pula. Namun ada satu kebiasaanku yang bisa kuberitahukan padamu.Setiap menjelang tidur, aku berusaha --------membersihkan hatiku--------. Kumaafkan orang-orang yang menyakitiku dan --kubuang semua-- iri, dengk, dendam dan perasaaan buruk kepada semua saudaraku sesama muslim.Hingga aku tidur dengan tenang dan hati bersih serta ikhlas. Barangkali itulah yang menyebabkan Rasulullah menjulukidemikian."

Mendengar penjelasan itu, wajah sang sahabat menjadi berseri-seri. "Terima kasih kawan atas hikmah yang kau berikan. Aku akan memberitahu para sahabat mengenai hal ini". Sang sahabat pun pamit dengan membawa pelajaran berharga.------------ --------- ---------

Lima aturan sederhana untuk menjadi bahagia:
1. Bebaskan hatimu dari rasa benci.
2. Bebaskan pikiranmu dari segala kekuatiran.
3. Hiduplah dengan sederhana.

RENUNG-RENUNGKAN...

Taaruf session!

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Ape khabar sahabat sekalian? pertama2nya biarlah ana gelarkan diri ana "Kak Ninah".. Alhamdulilah...segala rezeki yang Allah kurniakan kepada kita amat lengkap untuk kita beribadah kepada Nya.

Syukur ke hadrat Ilahi sebab dengan izinNya...
Kak Ninah berpeluang juga untuk menghasilkan blog akak ni...
bukan untuk diri akak sahaja,malah untuk adik2 dan sahabat2 akak sebagai wadah untuk kita bertukar ilmu,berdakwah dan membina satu ukhuwah yang kukuh antara saudara seIslam sendiri...InsyaAllah.

Orang kata,tak kenal maka tak cinta...hehe...jadi biarlah akak perkenalkan diri akak. Nama diberi Siti Nur Sakinah,dilahirkan di Kuala Kangsar..Perak, dibesarkan di Ampang Selangor, anak sulung daripada 5 adik beradik.. Pernah bersekolah di Sek. Ren. Keb. Raja Perempuan Mazwin, Sek. Keb. Taman Nirwana dan SMK Pandan Jaya... Ahamdulillah sekarang sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan Ekonomi & Sains Pengurusan di Pusat Asasi UIA.

Akak rasa cukuplahye serba sedikit taaruf ringkas dari akak...diharap sahabat semua dapat jadikan blog ana ni sebagai wadah sampingan untuk kita saling ingat memperingati demi memperjuangkan Jihad Fissabilillah...InyaAllah!!

Wassalam("v")

Silk Road