Selamat Sejahtera ke Atas Kamu

Photobucket

Tuesday, May 25, 2010

Ulangkaji Siri 1: Ekonomi Islam




Apa yang dimaksudkan dengan Sistem Ekonomi Islam?

Ia berbeza sama sekali dengan sistem ekonomi kufur buatan manusia. Sistem ekonomi Islam adalah sempurna kerana berasal dari wahyu, dan dari segi pemilikan, ia menerangkan kepada kita bahawa terdapat tiga jenis pemilikan:

1.Hak Milik Umum: meliputi mineral-mineral dalam b...entuk pepejal, cecair dan gas termasuk petroleum, besi, tembaga, emas dan sebagainya yang didapati sama ada di dalam perut bumi atau di atasnya.

2.Hak Milik Negara: meliputi segala bentuk bayaran yang dipungut oleh negara secara syar’ie dari warganegara, bersama dengan perolehan dari pertanian, perdagangan dan aktiviti industri, di luar dari lingkungan pemilikan umum di atas. Negara membelanjakan perolehan tersebut untuk kemaslahatan negara dan rakyat

3.Hak Milik Individu: selain dari kedua jenis pemilikan di atas, harta-harta lain boleh dimiliki oleh individu secara syar’ie dan setiap individu itu perlu membelanjakannya secara syar’ie juga.

Next issue: Jual beli yg diharamkan dalam Islam.

YAKIN DENGAN ALLAH!!!

Saturday, May 22, 2010

Konvensyen Pelajar Islam Asia Tenggara 2010



Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan menganjurkan Konvensyen Pelajar Islam Asia Tenggara 2010 pada 24 & 25 Mei 2010 iaitu pada hari Isnin dan Selasa di Dewan Kediaman Rasmi Exco Kerajaan Selangor, Shah Alam.

Tujuan konvensyen ini diadakan adalah untuk berkongsi idea dan gagasan khususnya dalam ruang lingkup pelajar Islam di peringkat Asia Tenggara. Selain itu, penganjuran konvensyen ini juga adalah untuk mengukuhkan jalinan ukhuwah dan kerjasama dalam kalangan organisasi pelajar Islam Asia Tenggara di samping memberi pendedahan seluas-luasnya kepada pelajar Islam di Malaysia berkenaan dengan aktiviti dan kegiatan gerakan-gerakan Islam di peringkat Asia Tenggara dan antarabangsa.

Di samping itu, konvensyen yang turut mendapat kerjasama kerajaan negeri Selangor ini juga akan dihadiri oleh beberapa pertubuhan pelajar Islam Asia Tenggara seperti Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII), Himpunan Mahasiswa Islam Indonesia (HMI), National University of Singapore Muslim Society (NUSMS), Fellowship Singapore Muslim Students Association (FMSA), Thailand Muslim Students Association (TIMSA), dan sebagainya.

HIDUP BIAR BERJASA

Sumber: www.pkpim.net

Silk Road