Selamat Sejahtera ke Atas Kamu

Photobucket

Monday, December 8, 2014

I decided to come back and write again.
After 4 years hiatus from blogging world,
I wish I'm able to make this blog looks more personal. I'm a normal person with a normal life lah..huh? No more protocols. 

I'm going to be 25 in few weeks ahead.
 I want to start a new chapter in life. Being too sentimental and loyal  made me soo tired. You know why? 10 years relationship of trust already ended.  

Lets face the world!! 


Friday, October 1, 2010

A visit to Baby Hatch for Parenting Class Assignment


Mengikut jadual subjek kokurikulum yang telah disusun,semester ini saya perlu mengambil subjek Family Management& Parenting,satu subjek yang saya kira amat menarik. (^_^)

Pada sesi pertama kelas, Madam telahpun mengagihkan tajuk-tajuk assignment yang perlu disiapkan mengikut kumpulan. Tajuk-tajuk yang diberikan banyak berkisar tentang masalah-masalah umum masyarakat seperti menemuramah rumah perlindungan, rumah anak yatim, rumah orang tua dan seangkatan dengannya. Kumpulan kami telah pun memilih untuk melawat Baby Hatch pertama di Malaysia. Saya fikir topik ini sangat menarik memandangkan ianya masih baru dan asing di Malaysia.

"Baby Hatch" adalah tempat di mana si ibu meninggalkan bayi mereka dengan harapan bayi tersebut dapat dijaga dengan baik. Kaedah seperti ini telahpun diamalkan oleh negara-negara luar seperti German dan Pakistan.

Kini di Malaysia, satu pusat baby hatch telahpun diwujudkan di Petaling Jaya.





Setakat bulan September ini, seramai 11 orang bayi telah pun dihantar ke sini. Dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM),bayi-bayi ini akan dijaga maksimum selama seminggu hingga 3 bulan sebelum diserahkan kepada keluarga angkat. Beberapa prosedur perlu diambil sebelum dan selepas penyerahan bayi ini berlaku.

Bagi pendapat saya,saya setuju dengan langkah yang diambil oleh pihak pengurusan Orphan CARE dengan menubuhkan pusat sebegini. Pandangan ini diambil memandangkan situasi kini yang begitu merisaukan di mana gejala pembuangan bayi dilihat semakin menjadi-jadi. Walaupun begitu, langkah ini adalah penyelesaian jangka pendek. Tindakan-tindakan susulan yang lain perlu diambil memandangkan segelintir pihak dilihat mengambil kesempatan dengan bantuan yang diberikan.

Adalah amat menyedihkan apabila dimaklumkan bahawa si ibu yang meninggalkan bayi di sini terdiri daripada pelbagai peringkat umur, dari semuda pelajar sekolah menegah hinggalah 30-an. Adakah pendidikan keagamaan mahupun sivik yang dipelajari masih belum cukup mendedahkan masyarakat kepada akibat buruk hasil daripada perzinaan?

Berdasarkan dapatan rakan-rakan sekelas yang menjalankan tugasan di tempat-tempat perlindungan wanita,segelintir daripada penghuni rumah perlindungan ini adalah pelajar universiti. Mungkin mereka bijak, tapi mungkin juga kurang cerdik dalam pergaulan.

Perlu diingat,perzinaan berlaku apabila wujudnya interaksi kedua belah pihak. bukan sekadar bertepuk sebelah tangan, kecuali kes-kes rogol.

Suka saya memetik sepotong ayat AlQuran

" arrijal qowwamun alannisa'"

yang bermaksud, lelaki adalah pelindung wanita.

Sekiranya prinsip ini dihayati oleh semua golongan lelaki,saya yakin dan percaya, masalah-masalh seperti ini dapat dibendung. InsyaAllah! (^_^)

Untuk maklumat lanjut,bolehklah melayari www.orphancare.org.my . Wallahualam bi sowab <3>

Thursday, June 24, 2010

Program Menara Gading Kebangsaan ~ PMGK 2010


Assalamualaikum wbt...

InsyaAllah, 25 Jun hingga 27 jun 2010, PKPIM akan menganjurkan Program Menara Gading Kebangsaan (PMGK '10) bertempat di UKM,Bangi.

Dengan kehadiran peserta lebih dari 100 org yang datang dari seluruh Malaysia,insyaAllah banyak pengalaman dan ilmu yang boleh diperolehi. Saya juga akan turut sama bersama sahabat-sahabat selaku fasilitator di sana. Moga program kali ini dapat berjalan dengan lancar dan mendapat redha Allah SWT.

HIDUP BIAR BERJASA, REDHA ALLAH YANG DICARI (^_^)

Monday, June 21, 2010

Dilema Seorang Pimpinan

Assalamualaikum wbt.

Wah...dah lame tak ter'update' blog rupanya. huhu. Sepanjang 3 bulan bercuti di rumah, rasa seronok sangat dapat meluangkan masa bersama keluarga. Melayan keletah adik-adik yang masih kecil, Zuyyin dan Qaisara amat menghiburkan .


Qaisara yang bulat bersama mamanya... (^_^)

Sebagai kakak yang sulung,banyak pertimbangan perlu dibuat tatkala menjalankan tanggungjawab kepada keluarga dan melaksanakan tanggungjawab terhadap jemaah. Alhamdulilah...Allah kurniakan saya team MDPI yang cukup memahami, Kak Aemy, Kak Eda, Fazril dan Abang Jijan yang saling menyokong antara satu sama lain. Tanpa disedari, pelbagai cabaran kita tempuhi bersama dan ukhwah yang terbina terasa amat manis rasanya (^_^).

Namun begitu...secara jujurnya...menjadi pimpinan bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan lagi bila berada di posisi Dakwah Tarbiyyah. Setiap tindakan yang bakal diambil memerlukan kita untuk berfikir panjang. Malah ilmu didada juga perlu selalu di'update'. Professionalisme perlu dititik beratkan. Murobbi. Adik-adikku di PAUIAM PJ dan Nilai juga perlu dijenguk. Begitu juga sahabat-sahabat di UM malah dengan semua sahabat-sahabat.

Saya juga insan biasa...seorang remaja yang muda jiwanya. Hati ini kadang kala menjerit-jerit nak berseronok macam orang lain..bergembira tanpa mengendahkan hal ummat. Argh...bisikan-bisikan apakah ini? Mungkin kerana sejarah lalu seakan memanggil-manggil akal jahiliahku untuk kembali 'beraksi'.



Sejak saya mengambil keputusan utk melakukan pengislahan diri,tak dapat dinafikan,banyak perkara yang perlu dikorbankan. Berubah bukan mudah. Tipu kalau saya katakan saya tak pernah kalah dengan godaan2 ini. Alhamdulilah wa syukrulillah..Allah jaga aib...Diri ini rasa malu sangat.. Dia beri peluang untuk aku belajar mengenali Nya...tapi saya masih tidak mencuba sehabis baik.

Seperti yang sedia maklum, PKPIM adalah haraki yang punya niche yang tersendiri, iaitu budaya ilmu dan advokasi isu-isu semasa. Tenure ini sahaja, pelbagai isu yang diketengahkan. Isu buang bayi, kes adik Aminul Rashid, persidangan PEPIAT semua saya serahkan kepada team gerakan massa. Maaf sangat...insyaAllah...saya sedang mempersiapkan diri utk lebih cakna dan responsif.

Begitu juga dengan konflik antara jemaah. Saya sering kali kurang faham...kenapalah agaknya jemaah lain begitu tidak senang dengan kami. Disebabkan perbezaan fikrah dan jemaah, pihak2 lain begitu lantang menuduh kami dengan macam-macam tuduhan. Mungkin mereka masih jahil tentang apa yang dimaksudkan dengan kehidupan berjemaah yang sebenarnya.



Ada satu dilema yang memang dihadapi oleh semua perempuan bila mencecah umur 20 ++. Hal cinta dan kahwin. Fuhhh...berdebar rasa. Kalu dikutkan hati..selesai saja takhlifan amirah dulu,nak terus kahwin je.. Tapi hidup kita tidak semudah itu...Semakin menginjak dewasa, kita perlu berfikir dengan labih jauh dan mendalam...apa matlamat kita. Sebaik sahaja diserap ke PKPIM Pusat, saya berdepan dengan pelbagai masalah ummat...tidak ter'pegang' utk menangani semua. Ini membuat saya teringat dengan kata-kata Hassan Al Banna,

" tanggungjawab yang kita ada melebihi masa yang ada".

Mana mungkin saya boleh terfikir untuk memikirkan diri sendiri sahaja sedangkan ummat memerlukan kita. Tipu lah andai kata jiwa ini tidak terusik bila mana ada golongan ar-rijal yang menaruh harapan. Tambahan lagi pada sesuatu yang tak pasti. Itulah juga sebabnya saya berpendapat...

''kalau tak ada urusan, no talk, no mesej and call okey''.

Mungkin yang kata saya ni sombong dan budget bagus...tidak sebenarnya. Sebab saya kenal dengan diri yang amat lemah ini. Saya sendiri tak dapat menjamin sejauh mana saya mampu mengawal diri dari maksiat hati. Jadi demi kemaslahatan... ''ignore lbh baik'' walaupun kadang-kadang rasa macm rugi la pulak,,hehe.

Ini semua hanyalah satu coretan rasa hati...dengan niat dapat berkongsi dengan sahabat-sahabat yang berada di situasi yang sama.

Akhir kata...suka saya menulis satu kata-kata dari Sheik Badiuzzaman Said Nursi,

''kerehatan seorang pejuang adalah dalam perjuangannya"

HIDUP BIAR BERJASA (^_^)

wasalam.

Silk Road

Loading...