Selamat Sejahtera ke Atas Kamu

Photobucket

Friday, October 1, 2010

A visit to Baby Hatch for Parenting Class Assignment


Mengikut jadual subjek kokurikulum yang telah disusun,semester ini saya perlu mengambil subjek Family Management& Parenting,satu subjek yang saya kira amat menarik. (^_^)

Pada sesi pertama kelas, Madam telahpun mengagihkan tajuk-tajuk assignment yang perlu disiapkan mengikut kumpulan. Tajuk-tajuk yang diberikan banyak berkisar tentang masalah-masalah umum masyarakat seperti menemuramah rumah perlindungan, rumah anak yatim, rumah orang tua dan seangkatan dengannya. Kumpulan kami telah pun memilih untuk melawat Baby Hatch pertama di Malaysia. Saya fikir topik ini sangat menarik memandangkan ianya masih baru dan asing di Malaysia.

"Baby Hatch" adalah tempat di mana si ibu meninggalkan bayi mereka dengan harapan bayi tersebut dapat dijaga dengan baik. Kaedah seperti ini telahpun diamalkan oleh negara-negara luar seperti German dan Pakistan.

Kini di Malaysia, satu pusat baby hatch telahpun diwujudkan di Petaling Jaya.





Setakat bulan September ini, seramai 11 orang bayi telah pun dihantar ke sini. Dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM),bayi-bayi ini akan dijaga maksimum selama seminggu hingga 3 bulan sebelum diserahkan kepada keluarga angkat. Beberapa prosedur perlu diambil sebelum dan selepas penyerahan bayi ini berlaku.

Bagi pendapat saya,saya setuju dengan langkah yang diambil oleh pihak pengurusan Orphan CARE dengan menubuhkan pusat sebegini. Pandangan ini diambil memandangkan situasi kini yang begitu merisaukan di mana gejala pembuangan bayi dilihat semakin menjadi-jadi. Walaupun begitu, langkah ini adalah penyelesaian jangka pendek. Tindakan-tindakan susulan yang lain perlu diambil memandangkan segelintir pihak dilihat mengambil kesempatan dengan bantuan yang diberikan.

Adalah amat menyedihkan apabila dimaklumkan bahawa si ibu yang meninggalkan bayi di sini terdiri daripada pelbagai peringkat umur, dari semuda pelajar sekolah menegah hinggalah 30-an. Adakah pendidikan keagamaan mahupun sivik yang dipelajari masih belum cukup mendedahkan masyarakat kepada akibat buruk hasil daripada perzinaan?

Berdasarkan dapatan rakan-rakan sekelas yang menjalankan tugasan di tempat-tempat perlindungan wanita,segelintir daripada penghuni rumah perlindungan ini adalah pelajar universiti. Mungkin mereka bijak, tapi mungkin juga kurang cerdik dalam pergaulan.

Perlu diingat,perzinaan berlaku apabila wujudnya interaksi kedua belah pihak. bukan sekadar bertepuk sebelah tangan, kecuali kes-kes rogol.

Suka saya memetik sepotong ayat AlQuran

" arrijal qowwamun alannisa'"

yang bermaksud, lelaki adalah pelindung wanita.

Sekiranya prinsip ini dihayati oleh semua golongan lelaki,saya yakin dan percaya, masalah-masalh seperti ini dapat dibendung. InsyaAllah! (^_^)

Untuk maklumat lanjut,bolehklah melayari www.orphancare.org.my . Wallahualam bi sowab <3>

No comments:

Silk Road