Selamat Sejahtera ke Atas Kamu

Photobucket

Thursday, February 5, 2009

Di Sebalik Mujahid, ada Mujahidah!


Terkadang hati ini tertanya-tanya….kenapa masih perlu menunggu? Sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa hari2 ku… “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…”

Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu, impian itu menjadi kenyataan… bersama-sama si mujahid… menemaninya dalam perjuangannya… eh?? perjuangan?? Ya Allah…aku lupa lg… seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq… walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan.. pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?..


“Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4]

Hati si mujahid telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yg menjadi pendorong kepada perjuangannya.. (begitulah haprapnya) .. mana mungkin pada masa yg sama, si mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang.. ku legakn penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dr perjuangannya!! Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???…..

“Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]

Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya utk Ad-Deen ini…. Tapi sanggupkah??…sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yg telah sarat dgn cintanya kepada yg lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkn tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskn si mujahid pergi sedangkn hati ini tahu si mujahid yg teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang??..sanggupkah???

Ya Allah… Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah..sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah… Lihat sahaja isteri-isteri Nabi… Ummul-muslimin…Ummi-ummi kita…lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka… lihat sahaja ketabahan hati mereka… sehinggakn setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul…Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28]

Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi??

Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu…. Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!! Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya…Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu…sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih…. Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??…tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya…kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua… Duhai hati… bersabarlah… perjalanan kita masih jauh…. bersabarlah… teruskan doamu… hari itu akan tiba jua…. apabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak….

bersabarlah…..

Saya Seorang Ibu Muda





Apabila membelek akbar-akhbar mahupun majalah, isu wanita tidak akan pernah sepi daripada diperbincangkan. Baik dari aspek kecemerlangan wanita itu sendiri mahupun musibah yang bertimpa. Isu wanita di rogol, lari dari rumah kerana mahu bersama kekasih hati dan sebagainya, didendangkan setiap hari .

Adik-adik dan sahabat sekalian...Islam amat meletakkan wanita di tempat yang amat istimewa.
Apa hebatnya seseorang wanita itu?

Ada satu kisah di mana ada seorang lelaki bertanyakan soalan kepada ayahanda Umar Abdul Aziz perihal anaknya.

"Bagaimana kamu mendidik anakmu sehingga mampu menjadi serang pemimpin yang sangat adil?"

Ayahanda Umar Abdul Aziz menjawab,

"aku tidak mendidik anakku, tetapi aku mendidik isteriku...,"

Daripada kisah ini kita dapat ringkaskan betapa peripentingnya peranan wanita dalam membentuk peribadi generasi yang akan datang.

Semestinya setiap orang mengharapkan anak-anak yang soleh dan solehah. Tapi kita mestilah membentuk diri kita dulu untuk menjadi solehah yang mungkin.

Mungkin kebanyakan kita mengandaikan adalah terlalu awal bagi mereka menyiapkan diri untuk menjadi seorang ibu, tetapi amat perlu unuk diingatkan , kita juga bertanggungjawab membentuk adik-adik kita yang masih kecil.

Adakah kita mahu biarkan adik-adik kita terumbang ambing hidupnya kerana silap pertimbangan? Sedangkan kita yang lebih tua mampu memimpin mereka ke arah yang lebih baik?


P/s ; seorang perempuan mampu menarik 4 orang lelaki masuk ke neraka...
iaitu ayahnya,saudara lelakinya, suaminya dan anak lelakinya...renung-renungkanlah...




BERMULA DI SINI TAKKAN HILANG LAGI...BERSATU TEMAN ABADI...AKAN TERUS SEJATI...MENCIPTA LAGI...MEMORI...

Silk Road