Selamat Sejahtera ke Atas Kamu

Photobucket

Friday, October 23, 2009

Petrol Dakwah dan "Election EMSS"


Assalamualaikum.

2-3 minggu ini saya agak sibuk untuk menyiapkan tugasan. Fikiran saya agak kusut apabila memikirkan yang saya terpaksa mengorbankan beberapa urusan jemaah kerana kelemahan diri yang masih tidak bijak mengurus masa.


Alhamdulliah...minggu ini...akhirnya saya berjaya mendapat semula ketenangan yang hilang apabila dapat juga menghadiri usrah. Semalam, 22 Oktober, saya berkesempatan menghadiri Usrah PPIWP bersama sahabat2 seperjuangan. Tajuk usrah kali ini ialah sedekah. Rasa amat seronok dan bahagia! Masakan tidak...sudah lama benar saya tidak bertindak sebagai naqibah dan berdiskusi sesama mereka. Ini membuatkan saya teringat salah satu analogi yang pernah saya bentangkan ketika berusrah bersama adik2 PPIK, setahun yang lepas ; petrol dakwah.
'' Jasad kita ini seperti kereta, enjinnya ialah hati, petrol nya ialah ilmu. Enjin kereta hendaklah selalu diservis bagi memastikan enjin dapat berfungsi dengan baik. minyak hitamnya perlu ditukar. bagi memstikan kita sampaik ke destinasi (syurga yang kekal abadi)...kita perlu memastikan petrol sentiasa penuh. tapi, minyak kalau tidak diisi akn habis. jadi, kita perlulah singgah ke stesen minyak iaitu majlis ilmu untuk diisi."

YAKIN DENGAN ALLAH!!!
p/s: Sepanjang 2 tahun meninggalkan dunia populariti dan hanya fokus pada gerakan dan pertubuhan Islam, entah bagaimana diri ini tertarik untuk bertanding bagi merebut kerusi kuliyyah. Walaupun tidak berjaya,sokongan sahabat-sahabat semua begitu bermakna dan amat dihargai. Walupun begitu,misi gerakan ta'dib mesti diteruskan! Selamat berusaha!!"

No comments:

Silk Road