Selamat Sejahtera ke Atas Kamu

Photobucket

Saturday, October 3, 2009

Blog Terbaru!!


OBJEKTIF BLOG INI:
  • Menyediakan nota-nota ringkas kepada para pelajar sekolah dan universiti (kebanyakannya yang berkaitan dengan subjek yang saya pelajari).
  • Informasi berkaitan pendidikan.
  • Berkongsi pengetahuan bersama sahabat-sahabat semua.

Lawati http://sakinahclassroom.blogspot.com

Selamat mencuba!!

Monday, September 28, 2009

"Gagasan Ta'adib Kepemudaan".



Selaras dengan resolusi yang diputuskan bersama oleh pimpinan PKPIM Pusat dalam Induksi Pimpinan bertarikh 28-30 Ogos 2009, situasi ketidaktentuan masyarakat yang penuh dengan kebejatan dan keruntuhan dari sudut integriti, moral, budi, akhlak menuntut generasi muda untuk menawarkan suatu gagasan baru sebagai alternatif pemulihan kepada krisis berkenaan.



Antara keputusan yang telah diambil adalah untuk menggagaskan suatu gagasan idea besar anak muda yang mengambil kira perencanaaan jangka panjang yang meliputi kerangka 25 tahun. Maka, bagi mengisi gagasan berkenaan “Gagasan Ta’dib Kepemudaan” telah dilancarkan pada 6 September 2009 bersempena dengan program Miftah 09 bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara. Matlamat akhir gagasan ini adalah untuk menjadi medium penerus kesinambungan kepada kebangkitan ledakan ubudiyyah sekitar era 70-an lalu. Atas kapasiti pengalaman beberapa siri dasawarsa, PKPIM optimis untuk menjelmakan semula fenomena kebangkitan dakwah tersebut untuk siri kedua sekiranya seluruh pihak berperanan dan beriltizam bersungguh-sungguh merakyatkan gagasan ini ke seluruh anak muda dan masyarakat kampus.



Perancangan dan KPI



5 tahun pertama (2010-2015) : Pemahaman Ta’dib & Integriti


5 tahun kedua (2015-2020) : Pemahaman Ta’dib & Integriti


5 tahun ketiga (2020-2025) : Pemahaman Ta’dib & Integriti


5 tahun keempat (2025-2030) : Kekuatan & kualiti kepimpinan generasi


5 tahun kelima (2030-2035) : Gagasan Ta’dib menjadi gagasan utama


negara dalam dasar pendidikan masyarakat.



Sunday, September 27, 2009

Ceritera Raya: Raya kat KL? Best ker? Cinta? hm..

Seronoknya bila dapat tau yang UIA cuti raya 2 minggu. 1minggu sebelum raya dan seminggu lepas raya. Tetapi,apabila ayah beritahu yang kami mungkin tidak dapat beraya di kampung tahun ini,frust la jugak. Beraya di KL? best ke?Tapi apa yang penting,dapat beraya bersama keluarga tercinta.
Yang paling sedih bila smbut raya ialah,bila kita sedar rupanya ramai atuk dan nenek yang dah meninggal. Waktu saya kecil dulu,saya duduk bersama dengan embah lanang dan embah wedok. Surrounding saya banyak dipengaruhi oleh orang-orang tua yang mengajar saya erti hidup..pengalaman mereka yang banyak itulah yang membentuk pandangan alam saya. Rindu sangat. Mari kita sama2 sedekahkan al fatihah pada mereka.
Al fatihah...
Amin...
Dah2,jangan sdih2. Yang pergi tetap pergi..kita yang hidup ni mesti tetap teruskan perjuangan!!
Hm..ada satu situasi yang buat saya agak mati kutu nak jawab.
Bila beraya di rumah saudara mara ni, mesti ada yang cakap dialog ni:
"wah,sakinah dah besar sekarang...dah ada sape2 ke?"
Aduh, soalan "killer" ni. Nak jawab apa ye? Memang waktu mula2 masuk universiti dulu,saya memang dah janji dengan diri saya sendiri. Saya kalau boleh memang tak nak terlibat dengan hal-hal hati dan perasaan ( you know what i mean wright?). Saya kenal diri saya ni macam mana. Sangat sentimental. Kalau saya sayangkan sesuatu, payah untuk saya lupakan. Mak dan ayah memang dah pesan, tak boleh kahwin waktu belajar.Bagi saya pulak,kalau dah ada yang steady, baik terus kahwin je. Ini kan nak tunggu 3 tahun lagi. Baik tumpu study jer. InsyaAllah, Allah dan janjikan yang terbaik untuk kamu. Yakin dengan ALLAH!
Jadi, jangan cari penyakit ok!
Kronologi Aidil Fitri 1430H Saya:
18Sep-
Siapkan tempahan kuih yang tak habis-habis. Laku betul kuih mama. Alhamdulillah
19Sep-
Shopping malam raya bersama mama, kak Syidah, Eddy dan Yasmin di Chow Kit Road. Terpaksa parking kereta jauh sebab jalan sesak. Baju-baju memang jual harga lelong dah. .sempatlah borong sepasang baju kurung..cantik..!
20Sep-
Berkumpul bersama-sama sanak saudara di Taman Permata,KL. Seronok la jugak. Tapi lagi seronok kalau dapat beraya di Kula Kangsar dan Parit..baru dapat rasa suasana kampung sikit..hehehe..
21sep hingga 23 sep-
Ayah mengubah fikiran...dia nak balik kampung jugak! Kira2 pukul 3pagi raya ke 2, kami bertolak ke Parit(a.k.a Perak Tengah). Yeah..! 3 hari la jugak. Rabu baru balik.
24sep-
Beraya di rumah Kak Lina Mursyidah. Habis patah paip sinki rumah Kak Lina saya kerjakan. Maaf ye Kak Lina..huhu
25sep-
Beraya di rumah Siti Hajar, member sejak sekolah lagi. Seronok dapat jumpa sahabat-sahabat lama..;-)
Berat badan dah semakin bertambah...kena bersenam dan jaga pemakanan.
Slamat beramal!
Oleh: Sakinah Budiman

Friday, September 18, 2009

berhari Raya Tanpa H1N1-Mesej Daripada Menteri Kesihatan - Dato' Sri Liow Tiong Lai




Langkah Pencegahan Wabak Influenza A H1N1 Menjelang Perayaan Hari Raya Aidilfitri

Sejak wabak influenza A H1N1 mula bertapak dan seterusnya merebak di Malaysia pada pertengahan bulan Mei, statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa jumlah kematian pesakit influenza A H1N1 kini telah menjagkau 76 orang (sehingga 16 Sept 2009).

Untuk mengurangkan jumlah pesakit wabak ini, Kementerian Kesihatan telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Persatuan Belia Info Malaysia dan 5G Multimedia untuk menerbitkan rancangan khas ini bagi menyampaikan mesej daripada Menteri Kesihatan mengenai wabak influenza A H1N1. Selain itu, pelbagai langkah pencegahan wabak ini juga disampaikan menerusi rancangan khas ini.

Dengan adanya kerjasama daripada setiap lapisan masyarakat, Kami yakin, matlamat sifar jangkitan influenza A H1N1 pada Hari Raya ini dapat direalisasikan justeru mewujudkan Hari Raya yang “sihat sejahtera”. Sila sebarkan e-mel ini kepada orang tersayang anda.

Sekian terima kasih and kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin.
*****************************************
Video 1: Jauhkan Diri Daripada Wabak Influenza A H1N1 Di Perayaan Hari Raya


Video 2: Siapakah Akan Diberi Ubat Antiviral?


Video 3: Adakah Saya Dikategorikan Dalam Kumpulan Berisiko Tinggi Influenza A H1N1?


Video 4: Usaha Kementerian Kesihatan Mencegah Wabak Influenza A H1N1


Video 5: Menjaga Kebersihan Diri Tanggungjawab Kita Bersama


Video 6: Kesihatan Rakyat Jelata Sentiasa Dipentingkan


Video 7: Wabak Gelombang Kedua Influenza A H1N1 Dan Cara Pencegahannya



Rancangan Khas Ini diterbitkan oleh 5G Multimedia atas kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Persatuan Belia Info Malaysia.

Silk Road