Selamat Sejahtera ke Atas Kamu

Photobucket

Saturday, September 12, 2009

Ceritera Ramadhan: "Iftar bersama 3 hero rakyat Malaysia"

Barisan exco PKPIM (lelaki);-
berdiri dari kiri : Sdara Hasnol Hanif(NPK),Akmal Afiq(Timb. Presiden), Khairul Anuar(SUA), Faisal Abd Aziz (Presiden), Abu Qassim(NPA).
duduk dari kiri: Wasif(P&P),Fahmi(Penerangan), Shahril(PSU 1), Shazni (D&P), Fazril(D&T) dan Azizan(BLP).Tiada dalam gambar: Hakimi(Spektra)


Barisan exco HEWI PKPIM ;-
berdiri dari kiri; Sdri Syafafwati(Bendahari), Sakinah(D&T),Fatin Majdina(PSU1), Akmariah(NPH),Adibah(Gempa),Izzah Khanani(TPH 2).
duduk dari kiri: Sheril Aida(BLP),Lina Mursyidah(Pen. Bendahari), Sharifah Sumayyah(TPH1). Tiada dalam gambar: Aemy Elyani(D&T)
##################################################################
Assalamualaikum..
Apa khabar sahabat2 sekalian..
Sudah hampir sebulan lamanya saya tidak berkesempatan untuk update blog ini. Maklumlah..coursework yang agak bertimbun semester ini membuatkan life saya agak kurang stabil sedikit. Argh..! Kalau orang lain mampu menguruskan masanya dengan baik..kenapa tidak saya bukan? Hm..banyak sekali peristiwa yang saya alami sepanjang bulan ramadhan kali ini..yang amat menguji jiwa dan keutuhan 'cinta' saya terhadap perjuangan saya.

Teringat kata2 sahabat baik saya,Adahikmah Bt. Abu Bakar(dia suka sangat warna oren..hehe..).Dialah antara orang kuat yang bertanggungjawab 'menyeret' jiwa raga saya untuk melihat dunia dari kaca mata dakwah. Dia cakap..

"manusia ini Allah akan uji mereka dengan jawatan dan harta benda..kuatkan semangat ye kinah.."

hm..itulah yang saya alami sekarang ini.. tapi Allah tidak akan menguji seseorang itu melampaui apa yang hambaNya termampu bukan? Ya Allah..kuatkanlah semangatku ya Allah!!

Sebagai pimpinan yang baru sahaja memegang takhlifan,diri saya juga agak terkejut dengan perubahan yang perlu saya hadapi. Sepanjang Ramadhan ini..begitu banyak undangan untuk menghadiri majlis iftar datang tidak putus-putus...rasa teruja pun ada...keliru pun ada juga.. Alhamdulillah..saya berkesempatan untuk berjumpa 3 hero rakyat Malaysia dari 3 entiti yang berbeza.

Pada 1 September lepas,saya dijemput untuk menghadiri majlis berbuka puasa di rumah DSAI-Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediamannya di Gombak. Banyak pengalaman yang saya dapat sepanjang majlis berlangsung. Berkenalan dengan pelbagai lapisan masyarakat dan saling bertukar pendapat begitu melatih saya untuk meluaskan ketajaman akal saya untuk berfikiran lebih luas dan bernas. Saya amat menghormati DSAI bukan kepada perjuangan politiknya..tapi saya menghormatinya sebagai mantan Presiden PKPIM era 1970-an, yang ketika itu figuranya sebagai wira anak muda yang vokal terhadap isu mahasiswa dan masyarakat. Ini membuatkan saya terfikir...kenapa kini..kita kekurangan anak muda yang bersifat sensitif dan responsif terhadap isu semasa? Sedangkan bilangan graduan yang berjaya ke menara gading sudah meningkat hampir 1000% lebih ramai dari era 1960-an? Saya pula bagaimana? Adakah saya sudah bersedia untuk mencabar dan dicabar?

Pada 3 september 2009,saya dan sahabat2 pimpinan berkesempatan pula ke rumah Dato' Siddiq Fadzil,Presiden WADAH,teman seperjuangan DSAI ketika di kampus dahulu. Isi bicara bersama figura yang amat kaya dengan jerit perih perjuangan ini amat memotivasikan saya untuk lebih maju kehadapan!!

"Jika orang tua kaya dengan pengalamannya,orang muda pula kaya dengan semangatnya bukan?? "

Agak berumur dan sudah dikurniakan beberapa orang cucu,orangnya suka tersenyum..gemar berbaju melayu dan berkain pelekat sahaja..sekali pandang..teringat arwah atuk saya. Tapi apabila menyentuh soal perjuangan,tutur katanya yang sebelumnya agak lembut dan mendatar..berubah seperti nada pemuda yang penuh semangat dan sinar matanya memancarkan keazaman yang tinggi untuk melihat anak bangsa terus maju. Setelah hampir 40 tahun dalam perjuangan dakwah..semangatnya...masih sama..terharunya..

Kemudian pada 8 September lepas, kami pimpinan pelajar dari NGO dan IPT seluruh Malaysia dijemput pula menghadiri majlis berbuka puasa bersama Dato' Seri Muhyiddin Yassin,Timbalan Perdana Menteri Malaysia di PWTC. Oleh kerana jumlah perwakilan pelajar yang hadir agak ramai dan dugaan perut yang agak bergelora menanti waktu berbuka, isu yang dapat disentuh lebih bersifat umum. Antara agenda penting yang ditekankan oleh TPM ialah konsep "1 Malaysia, rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan..", satu agenda penting yang perlu diperhalusi oleh generasi muda.

Konklusinya,beruntungnya jadi non-partisan..kita berpeluang untuk memperhalusi setiap ruang dan peluang tanpa didoktrin oleh mana-mana unsur yang mampu mempengaruhi idealisme.
Tapi ingat..

"non-partisan tidak bermaksud non-participation".

renung-renungkan dan selamat beramal..;-)

Oleh: Sakinah Budiman.



Sdr. Faisal Abd. Aziz bersama En. Azam,Timbalan Presiden WADAH ketika induksi pimpinan pusat di Masjid Sg. Chinchin, Gombak.




a

Thursday, August 20, 2009

:::.Hari Al-Quds Se-dunia.:::.Remembrance Of Al Quds.::


Assalamu'alaikum...


Tahun ini sehari sebelum kita semua menyambut Ramadhan (sekiranya ditaqdirkan Ramadhan jatuh pada 22hb ogos) ada satu tarikh bersejarah yang mungkin selama ni kita tak pernah tahu sewaktu kita sekolah dulu. Setiap 21 Ogos merupakan tarikh bersejarah yang perlu kita ingati dan ianya dinamakan sebagai Remembrance of al-Quds(ROQ).


Apa itu ROQ???


Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin). Api marak dengan dasyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Malah, pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya.


Akhirnya............ api dapat dipadamkan.Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Michael ‘gila’.


Atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.


Maka sejak itu 21 Ogos setiap tahun menjadi Hari Al-Quds sedunia.Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan kita, seluruh lapisan Ummah—pemilik tanah Palestin yang sah.


Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjidil Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah dirampas terus keseluruhannya secara haram oleh Zionis Yahudi.Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama-sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal yang boleh dilakukan dengan mengoptimakan kemahiran dan sumber yang ada demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin.


Semoga usaha kerdil kita demi mewujudkan keadilan dan keamanan di bumi Palestin diberkatiNya. Islami Ya Quds!


Risalah Pergerakan Pemuda IslamMusthafa Muhammad Thahan14 Momen-Momen penting dalam Sejarah pp.209~




YAKIN DENGAN ALLAH!!!

Monday, August 10, 2009

MPAT PKPIM Ke-48 dan Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-teras Kenegaraan 2009

Alhamdulillah...dua program besar PKPIM tahun ini telah selamat dianjurkan. Terima kasih di atas kerjasama semua jawatankuasa kongres dan muktamar. Kerjasama kalian dalam sepanjang gerak kerja beberapa bulan ini amat dihargai.

Kepada Abang Berg(Sdr Hilmi), Abang Naim(Sdr Abd Muntaqim), Kak Mar( Sdari Mariati Roslan), Kak Kinah(Sdri Sakinah Mahyuddin), Abang Kerol(Khairul Anwar Shazali), Abg Zaidi, dan Abang Ikram...banyak sangat pengalaman yang kina belajar daripada akak dan abang-abang semua...

terima kasih atas kepercayaan yang diberikan selama ini.
Terima kasih sebab ajar kina macam mana nak jadi orang-orang yang kuat..

terima kasih sebab sabar ajar kina bila kina tak faham..
terima kasih sangat-sangat.
Kina sayang sangat sahabat-sahabat semua...
selamat pulang ke negeri masing2.
teruskan perjuangan tau!
Jaga diri elok-elok yer...

Bercerita tentang soal dakwah dan tarbiyyah..kina sedar...diri ini bukanlah orang yang terbaik untuk dirujuk...tapi kinah percaya dengan takdir Allah..mungkin inilah peluang yang Allah beri untuk Kinah belajar macam mane untuk perbaiki diri...doakan kinah yer..

SAF KEPIMPINAN PKPIM PUSAT SESI 09/10

PENERAJU GENERASI BALDATUN TAYYIBATUN WA RABBUN GHAFUR DAN PENJANA GENERASI TAMADUN KHAYRA UMMAH

PRESIDEN : MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ
TIMBALAN PRESIDEN : MOHD AKMAL AFIQ MOHAMAD
NAIB PERSIDEN KEBANGSAAN : HASNUL HANIFF HARUN
NAIB PRESIDEN ANTARABANGSA : ABU QASSIM NOR AZMI
NAIB PRESIDEN HEWI : NOR AKMARIAH ABDULLAH
SETIAUSAHA AGUNG : KHAIRUL ANUAR MUSA
BENDAHARI KEHORMAT : NUR SYAFAFWATI MOHD SHAHIMI

EXCO-EXCO :
Ahmad Fahmi Bin Mohd. Samsudin
Muhammad Safwan Bin Mohd. Noor Azmi
Azizan Bin Ajiji
Mohd. Shahril Effendi Bin Mohd. Yunus
Wan Mohd Wasif Wan
MohammadHafiz Hakimi Harun
Mohd Fazril Salleh
Mohd Shazni Abdullah
Sharifah Sumayyah Syed Malick
Nur Izzah Khanani Mohd Musleh
Lina Mursyidah Hamzah
Aemy Ilyani Md Zain
Fatin Nurmajdina Nordin
Siti Nur Sakinah Ahmad Budiman



""Takhlifan itu bukan bebanan..tapi adalah peluang untuk kita melaksanakan amanah yang pernah kita janjikan dulu.....""

Silk Road