Selamat Sejahtera ke Atas Kamu

Photobucket

Wednesday, July 1, 2009

Biodata Muhammad Bin Abdullah







BIODATA RASULULLAH SAW




· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).Biodata Rasulullah (s.a.w)~penghulu para Rasul

Wafat pada:Isnin,12 Rabiul Awal 11 hijrah~ 8Jun 632 Masihi

PERISTIWA-PERISTIWA AJAIB KETIKA KELAHIRAN RASULULLAH



Ibn Sa'd meriwayatkan bahawa ibu Rasulullah (s.a.w) menceritakan: " Ketika ku melahirkannya, satu cahaya telah keluar dari farajku, menerangi mahligai-mahligai di negeri Syam" , periwayatannya hampir sama dengan apa yang diriwayatkan oleh al-Irbadh bin Sariah. Beberapa petanda-petanda kebangkitan seorang rasul telah berlaku beberapa ketika, sebelum kelahiran Rasulullah, di antaranya :




-runtuhan empat belas anjung dewan Kisra Parsi,




-terpadamnya api yang disembah penganut agama majusi,




-robohnya gereja-gereja di sekitar Tasik Sawah yang sebelum ini penuh sesak dengan para pengunjung riwayat oleh al-Baihaqi. Tetapi tidak disepakati oleh Muhammad al-Ghazali.




Sebaik sahaja Baginda dilahirkan, ibunya Aminah segera memberi tahu kepada datuk Baginda Abdul Mutalib, mengenai perkhabaran yang baik itu, dengan itu Abdul Mutalib terus mengambil dan membawa Baginda kedalam Kaabah, untuk berdoa dan bersyukur kepada Allah, beliau telah memilih nama "Muhammad" sebagai nama kepada cucunya, nama itu tidak pernah dinamakan kepada sesiapa pun oleh bangsa Arab sebelum ini.




Rujukan : http://dakwah.info/index.php/sirah-nabawiyah-sirah-67/179-kelahiran-rasulullah-empat-puluh-tahun-sebelum-perutusan

No comments:

Silk Road