Selamat Sejahtera ke Atas Kamu

Photobucket

Thursday, February 5, 2009

Saya Seorang Ibu Muda





Apabila membelek akbar-akhbar mahupun majalah, isu wanita tidak akan pernah sepi daripada diperbincangkan. Baik dari aspek kecemerlangan wanita itu sendiri mahupun musibah yang bertimpa. Isu wanita di rogol, lari dari rumah kerana mahu bersama kekasih hati dan sebagainya, didendangkan setiap hari .

Adik-adik dan sahabat sekalian...Islam amat meletakkan wanita di tempat yang amat istimewa.
Apa hebatnya seseorang wanita itu?

Ada satu kisah di mana ada seorang lelaki bertanyakan soalan kepada ayahanda Umar Abdul Aziz perihal anaknya.

"Bagaimana kamu mendidik anakmu sehingga mampu menjadi serang pemimpin yang sangat adil?"

Ayahanda Umar Abdul Aziz menjawab,

"aku tidak mendidik anakku, tetapi aku mendidik isteriku...,"

Daripada kisah ini kita dapat ringkaskan betapa peripentingnya peranan wanita dalam membentuk peribadi generasi yang akan datang.

Semestinya setiap orang mengharapkan anak-anak yang soleh dan solehah. Tapi kita mestilah membentuk diri kita dulu untuk menjadi solehah yang mungkin.

Mungkin kebanyakan kita mengandaikan adalah terlalu awal bagi mereka menyiapkan diri untuk menjadi seorang ibu, tetapi amat perlu unuk diingatkan , kita juga bertanggungjawab membentuk adik-adik kita yang masih kecil.

Adakah kita mahu biarkan adik-adik kita terumbang ambing hidupnya kerana silap pertimbangan? Sedangkan kita yang lebih tua mampu memimpin mereka ke arah yang lebih baik?


P/s ; seorang perempuan mampu menarik 4 orang lelaki masuk ke neraka...
iaitu ayahnya,saudara lelakinya, suaminya dan anak lelakinya...renung-renungkanlah...




BERMULA DI SINI TAKKAN HILANG LAGI...BERSATU TEMAN ABADI...AKAN TERUS SEJATI...MENCIPTA LAGI...MEMORI...

Tuesday, January 6, 2009

SEORANG kanak-kanak meraung kesakitan sewaktu dikejarkan ke hospital oleh pasukan penyelamat di Genting Gaza, kelmarin.

SEORANG kanak-kanak meraung kesakitan sewaktu dikejarkan ke hospital oleh pasukan penyelamat di Genting Gaza, kelmarin.
- AFP

--------------------------------------------------------------------------------



GAZA CITY 5 Jan. - Serangan tentera Israel yang dilancarkan dari udara, laut dan darat masuk hari ke-10 hari ini dan memusnahkan rumah, masjid serta terowong di bandar ini.

Serangan membabi-buta itu turut menyaksikan sekurang-kurangnya tujuh kanak-kanak dan enam orang dewasa terkorban.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak berkata, pihaknya akan terus melancarkan serangan sehingga mencapai matlamat untuk "menyaksikan keamanan dan kemakmuran" di wilayah selatan negaranya.

Beliau merujuk kepada kawasan selatan Israel yang kerap menjadi sasaran bedilan roket pejuang Hamas.

Sementara itu, seorang pegawai kesihatan di Gaza, Dr. Moaiya Hassanain berkata, jumlah kematian kini mencecah 524 orang manakala lebih 2,500 lagi cedera sejak serangan itu dilancarkan pada 27 Disember lalu.

"Serangan terbaru hari ini menyebabkan 13 orang terbunuh termasuk tiga adik-beradik yang rumah mereka dibedil sementara empat lagi kanakkanak terbunuh akibat serangan peluru berpandu rejim Zionis," katanya.

Tentera Israel telah merampas kawasan kurang penduduk di utara Genting Gaza kelmarin dan awal pagi ini mereka mula memasuki Gaza City.

Seorang saksi, Mohammed Salmai, 29, berkata, tiga bangunan enam tingkat di pinggir Bandar Gaza telah diambil alih oleh tentera Israel dan mereka mengunci penduduk yang berada di bangunan itu di dalam bilik-bilik dan merampas telefon mereka.

"Tentera Israel melepaskan tembakan ke semua arah. Kami hanya sempat mengambil pakaian untuk memanaskan badan dan berdoa agar dilindungi Tuhan," katanya.

- AP

Saturday, December 27, 2008

From Nilai with L.O.V.E

PUSAT ASASI UIA NILAI SESI 07/08


IFTAR PKPIM UIA NILAI SEM 1 O8/09



MUQAYYAM SYABAB MUSLIMIN a.k.a TAMRIN JUNDI PKPIM PAUIAM
terima kasih kepada sahabat2 HEWI drpd UIA PJ kerana sudi meluangkan masa bersama:-)

Alhamdulillah...penat lelah selama setahun setengah di pusat asasi akhirnya membuahkan hasil... perasaan begitu bercampur baur saat pertama kali menjejakkan kaki di kampus ini..

hmmm...empat tahun yang bakal memberikan seribu cabaran.

Buat adik-adik usrah akak dan sahabat-sahabat seperjuangan sekalian...
teruskan usaha kalian untuk mengejar ilmu..

Ingat..berakhirnya kita di pusat asasi..bukan bermakna perjuangan kita sudah berakhir..

tetapi tanggungjawab kita semakin besar...

semoga sukses di dunia dan akhirat.
HIDUP BIAR BERJASA!
wassalam

Friday, December 5, 2008

PKPIM lancar kempen Selamatkan Bahasa Melayu, tubuhkan Gerakan Anti PPSMI



Written by spp
Friday, 21 November 2008 12:49



Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah melancarkan Kempen Selamatkan Bahasa Melayu dan menubuhkan Gerakan Anti PPSMI pada 20 November 2008 bertempat di Sekretariat PKPIM Pusat, Kuala Lumpur. Pelancaran tersebut dilaksanakan oleh Mohd. Hilmi Ramli, Presiden PKPIM disaksikan oleh pimpinan PKPIM dan pemimpin mahasiswa yang mewakili organisasi masing-masing daripada pelbagai institusi pengajian. Serentak dengan pelancaran tersebut, PKPIM turut melancarkan Laman Sawang yang khas bertujuan untuk meratakan kefahaman rakyat akan peri penting Bahasa Melayu. Laman tersebut boleh dicapai melalui Ruangan Gerakan Anti PPSMI di laman sawang PKPIM.

Diharap dengan pelancaran laman sawang tersebut dapat membantu rakyat untuk menghayati dan menghargai Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang dijamin keutamaannya di dalam Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan. PKPIM menyeru rakyat keseluruhannya untuk bersama-sama di dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu di Malaysia. PPSMI harus dihentikan dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara di dalam proses pembelajaran dan pengajaran subjek Sains dan Matematik. PKPIM mengambil berat kebajikan dan masa depan para pelajar secara keseluruhan dengan tidak mengenepikan para pelajar di luar bandar. PKPIM percaya bahawa sistem pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia perlu memanfaatkan keseluruhan pelajar tidak kira yang berada di bandar mahupun luar bandar.



PKPIM dengan pelancaran kempen dan penubuhan gerakan ini, dapat memberi mesej yang jelas kepada pemimpin-pemimpin negara dan pelaksana-pelaksana dasar bahawa PPSMI harus dihentikan demi menjamin kebajikan dan masa depan para pelajar secara keseluruhan yang merupakan pewaris negara di masa mendatang.



KHAIRUL ANWAR BIN SHAZALI

Setiausaha Agung,

Silk Road