Assalamualaikum wbt.
Wah...dah lame tak ter'update' blog rupanya. huhu. Sepanjang 3 bulan bercuti di rumah, rasa seronok sangat dapat meluangkan masa bersama keluarga. Melayan keletah adik-adik yang masih kecil, Zuyyin dan Qaisara amat menghiburkan .
Qaisara yang bulat bersama mamanya... (^_^)
Sebagai kakak yang sulung,banyak pertimbangan perlu dibuat tatkala menjalankan tanggungjawab kepada keluarga dan melaksanakan tanggungjawab terhadap jemaah. Alhamdulilah...Allah kurniakan saya team MDPI yang cukup memahami, Kak Aemy, Kak Eda, Fazril dan Abang Jijan yang saling menyokong antara satu sama lain. Tanpa disedari, pelbagai cabaran kita tempuhi bersama dan ukhwah yang terbina terasa amat manis rasanya (^_^).
Namun begitu...secara jujurnya...menjadi pimpinan bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan lagi bila berada di posisi Dakwah Tarbiyyah. Setiap tindakan yang bakal diambil memerlukan kita untuk berfikir panjang. Malah
ilmu didada juga perlu selalu di'update'.
Professionalisme perlu dititik beratkan.
Murobbi. Adik-adikku di PAUIAM PJ dan Nilai juga perlu dijenguk. Begitu juga sahabat-sahabat di UM malah dengan semua sahabat-sahabat.
Saya juga insan biasa...seorang remaja yang muda jiwanya. Hati ini kadang kala menjerit-jerit nak
berseronok macam orang lain..bergembira tanpa mengendahkan hal ummat. Argh...bisikan-bisikan apakah ini? Mungkin kerana sejarah lalu seakan memanggil-manggil akal jahiliahku untuk kembali 'beraksi'.
Sejak saya mengambil keputusan utk melakukan pengislahan diri,tak dapat dinafikan,banyak perkara yang perlu dikorbankan. Berubah bukan mudah. Tipu kalau saya katakan saya tak pernah kalah dengan
godaan2 ini. Alhamdulilah wa syukrulillah..Allah jaga aib...Diri ini rasa malu sangat.. Dia beri peluang untuk aku belajar mengenali Nya...tapi saya masih tidak mencuba sehabis baik.
Seperti yang sedia maklum, PKPIM adalah haraki yang punya niche yang tersendiri, iaitu
budaya ilmu dan advokasi isu-isu semasa. Tenure ini sahaja, pelbagai isu yang diketengahkan. Isu buang bayi, kes adik Aminul Rashid, persidangan PEPIAT semua saya serahkan kepada team gerakan massa. Maaf sangat...insyaAllah...saya sedang mempersiapkan diri utk lebih cakna dan responsif.
Begitu juga dengan
konflik antara jemaah. Saya sering kali kurang faham...kenapalah agaknya jemaah lain begitu tidak senang dengan kami. Disebabkan perbezaan fikrah dan jemaah, pihak2 lain begitu lantang menuduh kami dengan macam-macam tuduhan. Mungkin mereka masih jahil tentang apa yang dimaksudkan dengan kehidupan berjemaah yang sebenarnya.
Ada satu dilema yang memang dihadapi oleh semua perempuan bila mencecah umur 20 ++. Hal
cinta dan kahwin. Fuhhh...berdebar rasa. Kalu dikutkan hati..selesai saja takhlifan amirah dulu,nak terus kahwin je.. Tapi hidup kita tidak semudah itu...Semakin menginjak dewasa, kita perlu berfikir dengan labih jauh dan mendalam...apa matlamat kita. Sebaik sahaja diserap ke PKPIM Pusat, saya berdepan dengan pelbagai masalah ummat...tidak ter'pegang' utk menangani semua. Ini membuat saya teringat dengan kata-kata Hassan Al Banna,
" tanggungjawab yang kita ada melebihi masa yang ada".Mana mungkin saya boleh terfikir untuk memikirkan diri sendiri sahaja sedangkan ummat memerlukan kita. Tipu lah andai kata jiwa ini tidak terusik bila mana ada golongan ar-rijal yang menaruh harapan. Tambahan lagi pada sesuatu yang tak pasti. Itulah juga sebabnya saya berpendapat...
''kalau tak ada urusan, no talk, no mesej and call okey''.
Mungkin yang kata saya ni sombong dan budget bagus...tidak sebenarnya. Sebab saya kenal dengan diri yang amat lemah ini. Saya sendiri tak dapat menjamin sejauh mana saya mampu mengawal diri dari maksiat hati. Jadi demi kemaslahatan... ''ignore lbh baik'' walaupun kadang-kadang rasa macm rugi la pulak,,hehe.
Ini semua hanyalah satu coretan rasa hati...dengan niat dapat berkongsi dengan sahabat-sahabat yang berada di situasi yang sama.
Akhir kata...suka saya menulis satu kata-kata dari Sheik Badiuzzaman Said Nursi,
''kerehatan seorang pejuang adalah dalam perjuangannya"
HIDUP BIAR BERJASA (^_^)
wasalam.