Selamat Sejahtera ke Atas Kamu

Photobucket

Saturday, January 30, 2010

Januari yang Berkat! (^_^)



Bersama Sahabat-sahabat HEWI PKIM yang hadir ke Multaqa Nuqaba' Kebangsaan




Kenangan bersama sahabat-sahabat seperjuangan ketika menghadiri Tamrin Qiyadi Pusat Asasi UIA Nilai


Assalamualaikum wbt.

Maaf saya pinta kepada sahabat-sahabat yang sering berkunjung ke blog ini...saya agak sibuk barangkali.. (^_^)
Program yang agak padat membuatkan saya agak 'serabut' menguruskan hidup...huhu.

Berikutan isu penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian, saya dan sahabat seperjuangan di PKPIM telah pun menganjurkan beberapa siri dialog di kampus-kampus. Penerangan yang jelas kepada golongan mahasiswa amat penting bagi mengelakkan kecelaruan dan salah faham tentang peripenting isu ini kepada masyarakat Melayu Islam.


Berikut adalah beberapa siri ceramah dan program yang sempat saya sertai bulan ini:


1 Jan- 3 Jan - Tamrin Qiyadi Pusat Asasi UIA Petaling Jaya di PULARA, Perak

5 Jan 2010 - Forum Isu Kalimah Allah di UIAM Gombak.
8 Jan - 10 Jan 2010 - Tamrin Qiyadi,Pusat Asasi UIA Nilai di Ulu Bendul
11 Jan 2010 - Forum Isu Kalimah Allah di Dewan Perhimpuna Cina, Kula Lumpur.
Tajuk- "Allah Siapa yang Punya?"
14 Jan 2010- Forum Isu kalimah Allah di Pusat Asasi UIA Petaling Jaya
23 Jan - 25 Jan 2010- Multaqa Nuqaba' Kebangsaan di Kolej darul Hikmah, Kajang.

31 Jan 2010 - Muktamar Sanawi Kali ke-3 PKPIM Pusat Asasi Uia Nilai.


Sebagai penggerak , kadang-kadang saya agak cemburu kepada para peserta kerana tidak dapat memberikan sepenuh perhatian sepanjang program berlangsung.

Namun itu bukanlah penghalang sebenarnya...cuma penghayatan budaya belajar,mengajar dan diajar perlu dipertingkatkan lagi! (^_^)

Alhamdulillah...program-program 'core' haraki seperti tamrin dan Multaqa Nuqaba' telahpun berjaya dilaksanakan dan sedikit sebanyak mencapai objektif penganjuran. Penghargaan khusus saya tujukan buat ABIM PUSAT di atas keprihatinan yang telah diberikan terhadap gerak kerja dan pengisian program anjuran PKPIM. Tidak dilupakan kepada Kak Akmar, kak Dyll, Abang Wan dan Abang Kemey diatas penyusunan "nafas baru" modul tamrin yang saya rasa begitu berkesan.

Hidup Biar Berjasa!

Wallahu'alam..








YAKIN DENGAN ALLAH!!!

Thursday, January 7, 2010

ISU KALIMAH ALLAH: Demonstrasi Kalimah Allah di Masjid Kg Baru

Assalamualaikum...

Kepada semua ummat Islam. Antum semua diseru untuk bersama-sama kami dalam "Demonstrasi Kalimah Allah" di Masjid Kg Baru, pada hari Jumaat ini,

8 Januari 2010 , 2.00 petang-5petang. Anjuran Gabungan NGO-NGO Islam Malaysia.


“Ayuh bersama berjuang dan bermunajat mendoakan agar tuntutan ini tidak dibenarkan”



HIDUP BIAR BERJASA!!
YAKIN DENGAN ALLAH!!!

Silk Road