Selamat Sejahtera ke Atas Kamu

Photobucket

Friday, October 23, 2009

Petrol Dakwah dan "Election EMSS"


Assalamualaikum.

2-3 minggu ini saya agak sibuk untuk menyiapkan tugasan. Fikiran saya agak kusut apabila memikirkan yang saya terpaksa mengorbankan beberapa urusan jemaah kerana kelemahan diri yang masih tidak bijak mengurus masa.


Alhamdulliah...minggu ini...akhirnya saya berjaya mendapat semula ketenangan yang hilang apabila dapat juga menghadiri usrah. Semalam, 22 Oktober, saya berkesempatan menghadiri Usrah PPIWP bersama sahabat2 seperjuangan. Tajuk usrah kali ini ialah sedekah. Rasa amat seronok dan bahagia! Masakan tidak...sudah lama benar saya tidak bertindak sebagai naqibah dan berdiskusi sesama mereka. Ini membuatkan saya teringat salah satu analogi yang pernah saya bentangkan ketika berusrah bersama adik2 PPIK, setahun yang lepas ; petrol dakwah.
'' Jasad kita ini seperti kereta, enjinnya ialah hati, petrol nya ialah ilmu. Enjin kereta hendaklah selalu diservis bagi memastikan enjin dapat berfungsi dengan baik. minyak hitamnya perlu ditukar. bagi memstikan kita sampaik ke destinasi (syurga yang kekal abadi)...kita perlu memastikan petrol sentiasa penuh. tapi, minyak kalau tidak diisi akn habis. jadi, kita perlulah singgah ke stesen minyak iaitu majlis ilmu untuk diisi."

YAKIN DENGAN ALLAH!!!
p/s: Sepanjang 2 tahun meninggalkan dunia populariti dan hanya fokus pada gerakan dan pertubuhan Islam, entah bagaimana diri ini tertarik untuk bertanding bagi merebut kerusi kuliyyah. Walaupun tidak berjaya,sokongan sahabat-sahabat semua begitu bermakna dan amat dihargai. Walupun begitu,misi gerakan ta'dib mesti diteruskan! Selamat berusaha!!"

Monday, October 12, 2009

Misi Pemulihan: Gempa Padang Indonesia


INFO TRAGEDI:
Tarikh: 30 September 2009,
Watu: Jam 6.16 petang
Butiran:
  • Gempa bumi berskala 7.7 Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia. Gegaran turut dirasai di pantai barat Semenanjung Malaysia. Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan pusat gempa bumi di lokasi 60km barat daya bandar Padang di Sumatera dan 452km barat daya Melaka. Amaran tsunami telah dikeluarkan oleh Pusat Tsunami Pasifik.
  • Keadaan mangsa gempa sangat menyedihkan. Merake ketakutan dengan gempa susulan, jadi berada di luar rumah sementara bekalan letrik telah terputus. Hujan lebat yang turun menyusuli gempa memberatkan lagi keadaan mereka. Di anggarkan paling kurang diperlukan 10 ribu unit khemah darurat bersaiz keluarga untuk menampung penghuni yang rumah mereka rosak binasa apatah lagi dalam keadaan cuaca yang sering hujan kini.Harga barang barang keperluan melonjak naik. Cili merah yang menjadi bahan asas dalam masakan Minang naik dari Rupiah 30 ribu ke Rupiah 60 ribu se kilo. Barang barang lain juga mengalami kenaikan harga sekitar 30 ke 40 peratus.
  • Di Desa Durian Pulut Pulut terdapat 70 keluarga; 95 peratus rumah di situ rosak binasa tetapi jumlah kematian tidak banyak. Mereka perlukan bantuan termasuk khemah sementara menunggu rumah di bina semula.

Tindakan: Jenis Bantuan yang akan disalurkan
1. Bantuan yang akan disalurkan oleh GPM ialah untuk mendirikan rumah
sementara di dua desa di Kabupaten Padang Pariaman, iaitu Desa Durian Pulut
Pulut dan Desa Padang Karambia. Bantuan bernilai RM 3,000 untuk mendirikan
sebuah rumah sementara tetapi akan disalurkan secara bertahap. Sebahagian
daripada bahan-bahan yang diperlukan untuk mendirikan rumah sementara itu
diperolehi daripada rumah yang telah roboh, seperti atap zink, kayu, pintu dan
lain-lain. Penduduk desa ini akan membina rumah mereka secara gotong royong.
Untuk tujuan ini, GPM memerlukan RM 405,000 (135 unit x RM 3,000).


2. Bantuan makanan untuk pelajar-pelajar di Pondok Pesantren Prof Dr. Hamka
seramai 120 orang yang kini tinggal di Masjid Bancah untuk tempoh 3 bulan.
GPM memerlukan sebanyak RM 36,000 untuk menyalurkan bantuan ini. (RM 3
x 120 orang x 100 hari)


3. Keadaan bumi di lokasi pondok pesantren sudah rosak dan pondok ini tidak boleh
digunakan lagi. Sebagai langkah sementara, dua buah rumah penduduk di
kawasan berdekatan yang tidak terjejas dengan gempa digunakan sebagai tempat
belajar. Namun kedua buah rumah ini perlu direhabilitasi dan ini memerlukan
biaya sebanyak RM 45,000.

#############################################

Sumbangan boleh dihantar terus ke pejabat GPM dan di Sekritariat PKPIM atau dimasukkan ke akaun berikut :
Global Peace Mission

Bank Islam Malaysia Berhad - No Akaun 14 023 01 002922 4 atau Maybank - No Akaun 564 221 611 602
2-2A Jalan GJ 2 Batu 5 1/2 Jalan Gombak53100 Kuala Lumpur. Tel: +603-6188 3230 Fax: +603-6188 3233

Saturday, October 3, 2009

Blog Terbaru!!


OBJEKTIF BLOG INI:
  • Menyediakan nota-nota ringkas kepada para pelajar sekolah dan universiti (kebanyakannya yang berkaitan dengan subjek yang saya pelajari).
  • Informasi berkaitan pendidikan.
  • Berkongsi pengetahuan bersama sahabat-sahabat semua.

Lawati http://sakinahclassroom.blogspot.com

Selamat mencuba!!

Silk Road