Selamat Sejahtera ke Atas Kamu

Photobucket

Sunday, November 2, 2008

Reading time!

Setelah sekian lama sibuk dengan urusan jemaah..saya kembali menelaah buku-buku fiksyen dan haraki yang dah lama tersimpan kat dalam kotak..
Sebenarnya semua tu alasan semata-mata..
takhlifan tak patut dipersalahkan…
kesalahan diri sendiri yang tidak tahu mengurus masa yang sepatutnya dipersoalkan..

Sekarang dalam usaha menghabiskan buku karangan Prof Wan Mohd Nor Wan Daud, Penjelasan Budaya Ilmu..harap dapat dihabiskan setelah pembacaannya tertangguh berbulan-bulan..
Pengisiannya sangat interesting..padat dengan sejarah keilmuan..
Tak sangka kita ada institusi sehebat ISTAC..
Tapi sayangnya kita sendiri tak tau menggunakannya.
Syabas Prof!!!

Notes: Next book…Good To Great..J.Collins..harap-harapla ada jual kat Kinokuninya..:-P

Wake up!!!

Alhamdulillah…setelah sekian lama saya mencari diri dan halatuju saya yang sebenarnya..

finally,I know what I want.!!

Hidup dan membesar di Kuala Lumpur memberikan saya pelbagai pengalaman.

Subhanallah..Allah Maha Bijaksana,sebaik-baik perancang adalah DIA!

Let me share with you………

My Past
Fasa pertama-di sekolah menengah-

Saya mula belajar apa itu trend, fesyen, urban style, love, dan bagaimana caranya untuk bersosial.
Seorang yang sangat rajin,(hahaha)
Always aim for a good score in exam and being a top student for every year.
In short,being a smart and trendy person.
For me we need to study…get the best result, continue my studies at overseas, and being respected by others.
Kawan memang ramai…hang out..shopping..gossiping..hm..
Seronok memang seronok..

Tapi jiwa ni rasa kosong..

Akhirnya..saya sedar..


Sebab saya tertinggal sesuatu.. .

Tapi saya takut nak akui semua ni..

Sebab takut rasa kehilangan..

Jadi saya lupakan jer hasrat tu..





Fasa kedua-universiti

Mulanya..
Masih dengan matlamat yang sama..
being a smart and trendy person.
Honestly…masuk ke universiti..rasa macam culture shock!
Ingat lagi..waktu tu ada taaruf week…committee suruh buka al mathurat..
Setengah tu baca lancar sangat..yang dah hafal pun ada..
Tapi saya..tu la first time saya dengar nama tu..

Selama ni saya fikir saya dah cukup smart..
Kononnya wakil kuiz agama sampai peringkat negeri..
Berlagak macam diri dah cukup pandai..
Tapi mathurat pun tak kenal..
Rasa diri ni kerdil sangat..
Balik bilik..saya terus nangis sampai maghrib..
Waktu solat maghrib tu..kena solat berjemaah..semua orang solat dan berzikir sama-sama..
Tak sedar pun air mata dah meleleh kat pipi…

Saya masih ingat, ada seorang brothers ni, dia nak sampaikan sesuatu kepada saya, waktu tu ada seorang sahabat temankan dia. saya pandang dia, tapi dia pandang dinding, saya rasa hairan.. Balik je bilik, baru saya sedar apa yang saya buat tadi salah.. Saya perlu merendahkan pandangan saya...

Teringat waktu sekolah rendah dulu..
Ustaz dan ustazah suruh hafal bayak surah…
Mana pergi ayat-ayat tu sekarang??

“Ustazah..embah lanang(atuk)…kina minta maaf…
Kina laghaw..
Kina lupa..


Teringat tulisan Tok Guru Nik Aziz dalam artikelnya….
“kepada siapa Allah kurniakan hidayah-Nya..kita tidak tahu..tapi kita mesti berusaha untuk dapatkan hidayah itu…..”

Sedangkan..seganas-ganas Umar al-Khatab pun boleh berubah menjadi seorang manusia yang mulia di sisi Allah..
Jadi kita?
Saya mesti berusaha memperbaiki diri sendiri..

Sebelum ni..bila mak ajak ke ceramah agama..saya selalu nak elak..

Tapi saya kuatkan hati jugak..

Saya mula dekatkan diri dengan usrah…

Ingat lagi..waktu tu naqibah bercerita pasal surah Al-Ikhlas..
Waktu tu baru berlajar arab..so dapat la teka sikit maknanya..

Katakanlah Allah itu satu…
Menjadi pergantungan semua makhluk..
Tidak beranak dan tidak pula diberanakkan..
Dan tiada sesuatu pun yang setara denganNya.


Ya Allah..Allahu akbar!!!
Dah lama sangat tak rasa macam ni..
Rasa macam ada satu roh masuk ke dalam badan..
Suatu perasaan yang tak dapat diertikan dengan kata-kata…
Alhamdulillah…

Sebagai permulaan..saya pilih untuk menyertai usrah KPIJ dan join PKPIM @ ABIM sebagai wadah saya untuk mendekatkan diri dengan tarbiyyah. Walaupun saya ni jenis yang banyak main..tapi bila bercerita tentang isu semasa dan politik..saya rasa macam bersemangat sangat!

Sebab tu lah saya pilih untuk berada di jemaah ini. Saya mencari satu wadah yang seimbang…

Ada teori dan praktikalnya..harapnya begitu..

InsyaAllah..saya akan cuba sedaya upaya..

Senior saya ada pesan,,dia cakap:

“Kita jangan bertanya apa yang jemaah ini mampu berikan kepada kita, tapi…apa yang kita mampu berikan untuk jemaah..’’



La yukallifullahunafsan illa wus’aha.

So..my conclusion is..

Tak salah kalau kita bercita-cita tinggi untuk berjaya dalam hidup..tapi agama jangan sekali-sekali diketepikan. Seperti teori J.Collins…Tips orang berjaya tu asasnya ada 2.. kerendahan hati dan kemahuan untuk mengejar professionalisme…
Rasulullah dah ajar kita benda ni dari dulu lagi… Itu kan ajaran Islam..
Tak hairanlah umat Islam mampu menakhluk sepertiga dunia dulu.
Sebab asas mereka kuat.
Nothing is impossible..
History has proved it!

Silk Road